hari ni genap dua minggu umat Islam berpuasa. Ramadhan terasa terlalu pantas berlalu... kadang-kadang tapa kita sedar kita biarkan bulan berkah ini berlalu begitu sahaja.sedar-sedar Aidilfitri menjenguk tiba..aduh...terasa amat kerugian membiarkan segala bonus,tawaran,sale tidak diredeem sebaik mungkin...ya Allah:
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
ya,moga Allah mengampunkan kesalahanku yang telah aku lakukan secara sengaja atau tidak, yang terdahulu dan akan datang.ameeen..
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.
Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.
Allah menyebut melalui hadis qudsi :
يترك طعامه وشرابه وشهوته من أجلي الصيام لي وأنا أجزي به
Ertinya : Dia meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya kerana aku (ALLAH), maka puasa khas untukKU, dan aku akan memberikan ganjaran untuknya.. ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )
insya allah semoga kita same2 mendapat keampunan dari Allah dan mendapat kekuatan untuk melakukan ibadah di bulan ini.
Plus, moga bulan ini menjadi bulan latihan yang efective untuk mengharungi 11 bulan yang mendatang. walaupun tidak mudah untuk mengubah diri dalam masa yang amat singkat iaitu sebulan berbanding 11 bulan yang 'indah'. Namun, insya Allah... mohon lah sebanyak mungkin dari Allah kerana Dia Maha Mengetahui dan Dialah mengetahui mengenai ciptaannya. Jika Dia mengkehendakinya maka jadilah ia..Kun Fayakun...
Bulan Ramadhan bulan latihan(tarbiyah)..jikalau dalam seseatu latihan sukan, latihan yang berkesan memerlukan seorang coach atau jurulatih yang berpengalaman, ahli yang berdisiplin serta semangat dan keazaman pemain yang kuat. Jadi, dalam mengharungi latihan(tarbiyah) Ramadhan ini kita perlulah berdisiplin. bagaimana? dengan mematuhi segala do's and dont's yang telah ditetapkan contohnya seperti yang kita semua maklum iaitu mempercepatkan berbuka puasa dan melambatkan sahur. Namun, bagi saya disiplin yang paling sukar adalah berpuasa dengan menghindarkan dosa di setiap anggota seperti mata, mulut, tangan , kaki etc...
Jadi, seharusnya kita melakukan ibadah puasa kali ini dengan penuh rasa kehambaan. sebolehnya kita bezakan puasa sebab tiada makanan dengan puasa kerana mematuhi arahan sang Pencipta..insya Allah...Tiada coach yang lebih hebat melainkan Yang Maha Melatih..
0 comments:
Post a Comment