Salam Ramadhan..
common sense is...
aku pun bukan seorang pakar nak cakap pasal ni sebab kalau aku ckap aku akan ulang benda yang sama yang ustaz hasrizal cakap kat sini nye.
Cuma aku nak tambah sikit la pe yang aku faham pasal ni sebab bila aku cakap pasal common sense kawan aku sorang tu selalu tanya pe maksud nya...kadang-kadang aku x tau nak cakap ape.
Tapi aku nak cuba jawab gak la..
BAgi aku common sense adalah sesuatu yang dipandang remeh temeh tapi memberi kesan yang amat besar sekali. Contohnya menghormati orang tua. Semua orang tahu this is not a small matter but many tend to forget when it comes to the 'orang tua' who they think this 'orang tua' is very annoying to them. they think to respect that 'orang tua' is exceptional. Aku pun tak tau la diorang pakai hukum aliran mana.
Satu lagi kalau dalam persahabatan..
bila kita dah rapat sangat dengan sahabat kita tu kita rasa kita leh buat apa sahaja kat dia..
kadang-kadang kita buat tak tahu je bila sahabat kita tu terasa dengan kata-kata kita. Coz for us 'ala, nanti elok la tu,sekejap je tu...'
Memang la kawan kita tu akan terasa kejap je dan bila dah sejuk nanti, jadi kawan balik...
Tapi, pernah ke kita fikir yang mungkin apa yang dia terasa ngan kita tu boleh disimpan tanpa sedar(cam autosaved la) kat lam hati. Once dia terasa lagi dan kita buat tak tahu gak...semua tu akan terkumpul dan akan menunggu masa untuk meletup..itu lagi bahaya dari bom atom yang meletus kat nagasaki dan hiroshima dulu. Sebab tu la persahabatan yang terbina selama 1000 tahun pun akan boleh musnah dalam sehari je.. think about it!
Kalau aku keluar and board on a LRT, perkara yang aku selalu perhati adalah sensitiviti golongan 'pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara' ni terhadap melebihkan yang memerlukan tempat duduk adalah sangat kurang. Poster yang di tampal dalam train mengatakan supaya diberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk duduk. Tapi, common sense kat sini adalah memberi tempat duduk kepada perempuan muda yang mengandung dan lelaki muda yang mendukung membawa anak2 kecil, lelaki/perempuan muda yang bertampal plaster @berbalut tangan (baru pas kuar dari klinik). Aku kadang tak faham gak ngan diorang ni..Tak terfikir ke diorang kalau perkara camni terjadi kat sedara mara atau adik beradik diorang?
Cube tengok kat masjid atau surau lak. tengok camne sensitiviti umat islam bila melintas depan orang solat. Selamba badak je dia jalan. Kalau setakat melintas jauh2 x pe lagi, ni kaki dia betul2 lalu kat depan orang yang solat tu akan sujud. Mana ntah dia letak mata dia. Tak faham aku..
Memang tak habis kalau nak cakap pasal benda ni sebab orang nampak benda ni kecik je. Bagi aku common sense ialah how sensitif we are terhadap orang dan persekitaran.
Walaubagaimanapun, x leh nak salahkan jugak sebab perkara ni depends kepada life background seseorang tu. Sometimes, what we think wrong is right to other people. Anyway, as a muslim, sejauh manapun perbezaan seseorang tu antara satu sama lain, kita mempunyai satu pegangan dan persefahaman berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Jadikan ia sebagai kayu pengukur untuk melayari kehidupan ini.
0 comments:
Post a Comment