Tuesday, October 21, 2008

Jom tgk movie?





Salam,
tadi masa tgh dok go through some blogs i found an interesting on from malaysiawaves.com. it is an article on 'To 10 Scientifically inaccurate movies'. antara lain artikel bagi beberapa example holloywood movies yang berjaya menipu penonton hidup2..kite pn ternganga tengok..ingatkan betul...cth:

We could put together a long list of all the things wrong with Michael Bay's feel-good ode to global destruction, but NASA has already and they counted at least 168 mistakes. But perhaps the biggest problem is that the plot itself -- splitting a Texas-sized rock in two with a single nuke -- has a Texas-sized hole in it. We don't have a nuclear bomb anywhere near powerful enough to do the job. As strange as it might seem, this is a case of a Michael Bay movie not having a big enough explosion.

Much in the way of physics in the Matrix -- like dodging bullets and running up walls -- gets a pass because it's all within a massive virtual world. But in reality, our supposed robot overlords are a bit dim. Humans are a remarkably inefficient energy source. Instead of turning the human race into Duracells, the machines would probably get more energy just setting those goopy people pods on fire.

Kalau movies cam ni leh la drg tipu saya yang bukan beraliran sains ni..tapi at least bagi saya movies camni mencabar minda gak(walaupn scietifically inaccurate) compared to the movies kat malaysia sakarang ni. Bukan nak kutuk buatan Malaysia, cuma ksal sebab Malaysia still tak keluar dari kepopong pemikiran sempit ni..Producer2 kita hanya mampu bereksperimen ngan filem2 seram@hantu yang tiada kesahihanya itu. kalau ada list' Top 10 Scientifically/religiously/Cognitively inaccurate' , sema cite2 movies Malaysia kot. memetik lawak selambe kawan saya 'aku rasa hantu2 pun dh ada Malam Bintang kot. Ye la drang mesti nak anugerah hantu paling popular, dah banyak sangat filem drg berlakon.' memetik kata2 bernas di saifulislam.com 'cite2 seram@hantu ni telah berjaya membuatkan anak2 kita takutkan hantu lebih dari takutkan Allah. Alangkah baiknya jika kanak2(org tue pn-pen) takut nak perkara maksiat bila mak ayah kata ' jangan wat camtu Allah nampak'..ni tidak bila nk takutkan ank2 mak ayah selalu ckp 'wat la perangai camtu nanti hantu datang'.terkencing2 anak tu ketakutan. ada la 2 malam t tak pergi toilet sendiri.sebab takut.
kalau kita tengok drama2 or filem kat tv sekarang, ada producer Indonesia dgn berani and machonyer telah cuba menghasilkan cerita islamik spt Ayat2 cinta ( wlpn saya tak suka sgt cite ni), pasentran cinta, di atas sejadah cinta etc. Cuma bagi saya cerita2 tersebut dihasilkan lebih untuk keuntungan berbanding untuk tarbiah. (better baca novel la).. masih ada adegan2 yang tidak patut di dalam filem tersebut yang ditayangkan secara terbuka seperti aurat wanita, hubungan suami isteri etc. adegan2 tersebut tidak perlu di pertontonkan kerana pelakon2 tersebut hanya melakonkan watak tersebut dan mereka masih mahram.
Saya ternanti-nanti kalo ada producer malaysia yang berani dan macho yang sanggup menghasilkan filem2 sebegini. kita sudah ada contoh seperti Cinta Madinah dan Syukur 21. dan saya rasa filem tersebut mendapat sambutan ramai..tiada masalah komersial. tidak perlu aksi-aksi stunt yang gempak2, teknology yang canggih2 cuma perlukan cerita tersebut lebih bermutu dari segi nilai universal(agama) yang akan merangkumi nilai kemanusiaan seperti kekeluargaan, cinta, politik, ekonomi etc. udah2 la dengan scandal perniagaan yang tak pernah habis, hasad dengki yang tiada ubatnya itu. berilah peluang kepada suri rumah yang dok tergila2gilakan cite sepanyol and indo satu nafas baru dalam drama malaysia. beri peluang untuk menambah ilmu melalui drama lak selain dari tgk wanita hari ini dan Nona. bagi peluang untuk mereka melihat gambaran keluarga yang islami dan mempunyai nilai moral yang tinggi dalam drama dan ini Insya Allah akan membantu mereka untuk mengaplikasinya dalam rumahtangga mereka. Tak lak surirumah2 Malaysia ni still dok berangan ntah pe2 dok tgok cite sepanyol yang penuh ngan feel of pathetic for the protagonist and full of hatred for the antagonist only. Nothing MORE than that. bila ek...saya amat mengharapkan agar kementerian yang terbabit serta media lebih PEKA berbanding PEKAK, lebih CELIK berbanding BUTA dgan isu masalah jenayah sosial dikalangan remaja dan dewasa serta golongan akademik dan cerdik pandai yang sedang meruncing ni..
some novels yang saya rasa bagus bangat tuk difilemkan/didramakan kat samarinda or cerekarama:

  • Syabab Musafir kasih(Fatimah Syarha Noordin)-setting dia kat Malaysia je..jimat kos gak la sb x yah shoot kt overseas.
  • Tunggu teduh dulu (Faisal Tehrani)-- ada yang kena shoot kat mekah..ala leh gak wat haji or umrah skali..menyelam sambil minum air..air zam2 lak tu..berkat..

ok la kalau boleh wat 2 cite ni pun saya dah bersyukur sangat2 (saya vote producer 2 untuk The bravest producer ever).. TAPI.. tolong la jgan ubah ape2 dalam novel tu..Nk ubah setting takpe...but not the theme of the story...cam dalam cite ayat-ayat cite..i think they had totally tukar tema cite tu dari Semanya kerana Allah kepada semuanya kerana cinta. alangkah naifnye fahri dalam cerita tersebut. sedih tul...
ok lah..dah la dulu..banyak sangat mengomen t orang kata 'wat cerita sendiri ar..'.huhuhu..
Wallahulam...adios..

Friday, October 17, 2008

al-maai


13 Symptoms of Chronic Dehydration

Most people don't think they need to worry about dehydration.
To them, dehydration is something that happens to travelers in the
desert when they run out of water. But there is a chronic form of
dehydration that does not have the sudden and intense nature of
the acute form. Chronic dehydration is widespread in the present
day and affects everyone who is not drinking enough liquid.

This list of 13 symptoms will inspire you to go get a glass of
water, and then another, and another...

After each symptom we will show how lack of fluid affects the issue.

1. Fatigue, Energy Loss: Dehydration of the tissues causes
enzymatic activity to slow down.
2. Constipation: When chewed food enters the colon, it contains
too much liquid to allow stools to form properly, and the wall of
the colon reduces it. In chronic dehydration, the colon takes too
much water to give to other parts of the body.
3. Digestive Disorders: In chronic dehydration, the secretion
of digestive juices are less.
4. High and Low Blood Pressure: The body's blood volume is not
enough to completely fill the entire set of arteries, veins, and
capillaries.
5. Gastritis, Stomach Ulcers: To protect its mucous membranes
from being destroyed by the acidic digestive fluid it produces,
the stomach secretes a layer of mucus.
6. Respiratory Troubles: The mucous membranes of the
respiratory region are slightly moist to protect the respiratory
tract from substances that might be present in inhaled air.

***********************************************************
Restoring Vitality to You and the Planet!
http://www.life-enthusiast.com
***********************************************************

7. Acid-Alkaline Imbalance: Dehydration activates an enzymatic
slowdown producing acidification.
8. Excess Weight and Obesity: We may overeat because we crave
foods rich in water. Thirst is often confused with hunger.
9. Eczema: Your body needs enough moisture to sweat 20 to 24
ounces of water, the amount necessary to dilute toxins so they do
not irritate the skin.
10. Cholesterol: When dehydration causes too much liquid to be
drained from inside the cells, the body tries to stop this loss by
producing more cholesterol.
11. Cystitis, Urinary Infections: If toxins contained in urine
are insufficiently diluted, they attack the urinary mucous
membranes.
12. Rheumatism: Dehydration abnormally increases the
concentration of toxins in the blood and cellular fluids, and the
pains increase in proportion to the concentration of the
toxins.
13. Premature Aging: The body of a newborn child is composed of
80 percent liquid, but this percentage declines to no more than 70
percent in an adult and continues to decline with age.

***********************************************************
Listen to Martin Pytela and guests each week on the
Life Enthusiast Radio Show:
http://lifeenthusiast.podomatic.com

Subscribe via iTunes:

itpc://lifeenthusiast.podOmatic.com/rss2.xml

***********************************************************

Turn Your dull Water into living clustered Water

Japanese research utilizing magnetic resonance imaging
demonstrated that cellular aging results from dehydration and from
significant changes in the structure of tissue water. In other
words, as the years go by, we not only lose water content, but the
intracellular water becomes bound to unwanted biological
macromolecules, resulting in a decrease in the beautiful water
clusters with which we began life.

Cell communication, nutrient delivery, detoxification,
diffusion and molecular movements all suffer with age.

Dr. Lee Lorenzen was bold enough to challenge the accepted
notion that this decline in metabolic efficiency was an inevitable
result of aging. He reasoned that the decline in water content and
the breakdown of water structure might not simply be an effect of
aging, but that it may also be a cause of aging.

He believed if he could create a way to replenish bodily fluids
with the proper structure of water, then metabolic efficiency and
signal transduction could be enhanced throughout the body. Dr.
Lorenzen has been proven to be correct.

These days we are able to create well structured water using
advanced technologies. Infused with light from a Geometric Laser,
Tymbak Tech Nano Water contains the vibratory imprint of 35
essential isotopes of elements which the body needs, in their
pre-metallic, unstable isotopic form, required for healthy
functioning of the body.

To learn more about Tymbak Tech Nano Water:

http://www.life-enthusiast.com/usa/tymbak-tech-nano-water-p-662.html

Pesona Zulaikha..


Indah wajahnya gamit pesona

Pedih jemari terluka tidak terasa

Anggun tingkahnya runtun jiwamu

Adakah malaikat menjelma manusia

Saat kau turutkan perintah nafsumu

Enggan dia tunduk pada godaanmu

Dihasut amarah kau lontarkan fitnah

Terpenjara Yusuf pertahan imannya

Begitu cinta si Zulaikha

Tega mendamba kekasihnya

Hingga tenggelam dalam amukan rindunya

Namun tika datang cahaya

Dari cinta segala jiwa

Seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

Berganti rayu pada yang satu

Basah bibirmu meratib asma’ yang Esa

Hati yang tulus rindu yang qudus

Inilah cinta yang sebenarnya cinta

Dalam kehilangan kau temui iman

Tidak dibiarkan engkau kehancuran

Yusufmu di sisi Tuhanmu di hati

Hanya pengabdian bukti kesyukuran

Oh Zulaikha engkau alihkan cinta

Dari cinta hamba ke Penciptanya

Rindumu bukanlah pemusnah jiwa

Tetapi penemu cinta hakiki

First time dengar lagu i though it was just another love song by Suhaimi. Tapi, bila tgok balik lirik lagu ni baru la dapat tangkap mesej yang nak disampaikan. Yup..as a saying goes..Don’t judge a book by its cover..

Cinta Zulaikha..bukan cinta biasa..saya terfikir macamana seorang zulaikha mampu untuk menemui cinta abadi dengan Penciptannya tanpa sesiapa yang membimbing beliau.. it’s because saya hairan if ada pasangan yang bercouple atas alasan kononya untuk membimbing pasangan masing-masing(apsal x kawen je). Zulaikha seorang perempuan yang bermula dari zero dan pernah hampir melakukan perkara terkutuk terhadap Yusuf yang mulia. Seorang zulaikha adalah seorang wanita yang lemah yang akhirnya kuat atas cinta seorang manusia lalu beralih kepada CINTA ILAHI. Is that possible? Nothing is impossible even the mission is impossible .hehehehe..

Biasanya, if another gender yang bimbing ni, masuk skit(betul k?)..dah tu.. ikhlas ke tak sebenarnya nak berubah? Kalu betul2 nk berubah nape tak cari yang same gender je? Tak de kot...bkn pe..kalo x takkan ade women talk and men talk.. t lagi senang nk kongsi prob yang lbh rahsia.. terutama pompuan.takkan nak tanya lelaki kot pasal haid and etc yang berkaitan. wlpn diorang terror still tak pernah ada practicalnye. ..

Bkan nak merapu atau membebel, Cuma sedih bila agama di salah gunakan untuk kepentingan masing2. .

Sunday, September 14, 2008

cube kite periksa...

Salam Ramadhan...
Masya Allah...tak sangka memasuki akademi Ramadhan amat susah berbanding masuk akademi fantasia(tak penah masuk pn;-))...ujian, assignment, exam, sema kena semak sendiri...tak de juri yang nak kritik k nak perbetul k...sendiri mau ingat la...cuma bila agak2 dah cam dh hanyut skit baru perasaan...pastu istighfar balik...Astaghfirullah..cmne la nk lulus bulan ni...ckup2 makn pn belom tentu lg ni..sob,sob,sob...Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambamu ini...
kali ni nk kongsi skit psl kesilapan yang sy mgkin yng lain pnh terbuat..maklumlah excited nk pose..meh kite cek same2..(ni sy amik kt zaharuddin.net, sape2 free lh la lawat laman web ni, insya Allah bermanfaat):

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman.

Marhaban Ya Ramadhan....

Ramadhan Karim buat semua..
Alhamdulillah, hari genap 14 hari umat islam menjalani ibadah puasa(bg yg pose la)...sedar x sedar dh hampir separuh Ramadhan brlalu..terasa cam bru je mula pose..huhuhuhu..dah nk raye...sedih dan sayu lak bila mengenangkan Ramadhan yg akan berlalau. sedangkan masih bnyk lagi amaln yg masih belum sempurna. terasa tidak memcukupi lagi tarbiah oleh separuh Ramadhan ini. kalaula Ramadhan sepanjang tahun....
ye la...tentu seronok...ibarat cam ade mega hari2 la..setiap amalan ang dilakukan akan digandakan pahala:
1 amalan sunat = 1 amalan wajib d bln biasa
1 amalan wajib = 70 amalan wajib d bln biasa.
ermmm.... ade sape2 y x terliur k? maka merugila org2 tersebut... ingat senang k nak dapat ganjaran yang hebat cam ni. sekali setahun je, tau (raye pun 2 kali setahun)... ditambah lagi ganjaran dikurniakan satu malam yang mane lbh baik dari 1000 bulan..masya Allah.. malam tersebut hanya trdapat sekali setahun di bulan Ramadhan dan untuk umat Nabi Muhammad SAW je.. tak k beruntung sesangat kite ni.. memang saje je la sape2 yang masih leka ngan bazar ramadhan, baju raye, persiapan raye, kuih raye dan tak rebut peluang untuk amalan2 tersebut. bukan tak boleh nak ke bazaar ramadhan,nk buat persiapan raye, tapi berpada-padela...kate org cerdik pandai,utamakan yang penting dari yang tak berapa penting. so, ka sini mane yang lg penting?ganjaran di dunia atau dia akhirat. cuba renung sejenak ayat berkenaan:
'Tetapi kamu memilih kehidupan duniawi. Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.'( Al-A'la 16-17)..adakah kite nk termasuk dalam golongan yng Allah sebutkan dalam ayat tersebut..Nauzubillah..x pyhla....
okla..jom, nk kongsi sikit pe yang best lagi yang ada kt bulan Ramadhan yang Mulia ni...

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila tiba Ramadhan, maka pintu rahmat akan dibuka, pintu neraka Jahannam akan ditutup, dan syaitan akan ditambat”


Rasulullah saw bersabda, ”Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah, maka ia memperoleh satu kebaikan, dan satu kebaikan berlipat sepuluh kali. Aku tidak katakana alif lam mim itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr 97.3]

dan...banyak lagi lah..ckap banyak pn x guna..meh la same2 kita mengimarahkan Ramadhan ini dgn memperbanyakkan amalan yang baik...sekecil2 amalan adalah membuang duri di jalanan dan seringan2 sedekah adalah apabila berjumpa saudara kita yang lain dengan wajah yang manis (Tirmizi)...semoga Ramadhan ini mnjadi akademi tarbiah untuk kita semua..Insya Allah..

Monday, August 18, 2008

jOm jEmaAH 2!


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

ALLAH HU AKHBAR!

Jom Jemaah!


Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin Umar r.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.”

(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

Keterangan

Apabila seseorang itu mendirikan solah dengan niat untuk memperolehi pahala maka cara yang mudah ialah jangan bersolah di rumah, tetapi pergilah bersolah di masjid dengan berjemaah. Amalan ini tidaklah begitu susah malah akan memperoleh ganjaran yang begitu banyak. Siapakah yang akan melepaskan peluang memperoleh 27 ringgit atau 28 ringgit dan berpuas hati dengan hanya 1 ringgit. Sebaliknya kita langsung tidak memberi perhatian untuk mendapatkan keuntungan yang sebegitu besar dalam amalan agama.Tidak lain dan tidak bukan sebabnya ialah kita sudah tidak lagi menghiraukan agama. Bahkan keuntungan agama tidak lagi dipandang sebagai satu keuntungan. Sedangkan kita sanggup bertungkus lumus sepanjang hari untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan di dunia ini. Namun, untuk keuntungan akhirat yang mendatangkan 27 kali ganda manfaat menjadi satu bebanan pula solah berjemaah kepada kita.

Ada di kalangan kita pula menganggap bahawa pergi ke masjid mendatangkan kerugian pada perniagaan dan jualan akan terjejas serta susah pula untuk menutup serta membuka kedai. Bagi mereka yang mempunyai kebesaran Allah Taala dlm hati mereka serta yakin dan berpuas hati dengan janji-janjiNya maka ganjaran dan pahala daripada Allah Taala adalah suatu perkara yang paling bernilai baginya. Mereka tidak memandang sedikit pun kepada alasan-alasan di atas. Pujian Allah Taala untuk orang seperti ini diterangkan dalam al Quran:

Maksudnya:

“ Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada menyebut serta mengingati Allah Taala dan mendirikan solah....”

(an-Nur :37)

Tentang amalan para sahabat dalam perniagaan selepas azan dilaungkan, diceritakan secara ringkasnya dlm bab kelima dlm kitab Kisah Para Sahabat.

Seorang wali Allah, Hazrat Salim Haddad rah. Apabila mendengar azan, wajahnya berubah menjadi pucat, keadaannya mulai gelisah. Beliau bangun meninggalkan kedainya dlm keadaan terbuka sambil membaca syair ini:

Maksudnya:

Apabila muazzinMu mula mengumandangkan azan. Segera aku bangun menyahut seruan Allah Taala Yang Maha Besar, tiada yang lain sepertiNya........

Aku menyahut apabila diseur dengan penuh taat.Dengan riang aku menyahut, aku hadir wahai Yang Maha Mulia.

Wajahku menjadi pucat kerana takut dan gerun. Untuk bersamaNya aku mengalihkan daripada segala-galanya yang lain.

Demi kerana Mu , aku bersumpah bahawa tiada yang lebih lazat daripada menyebut namaMu. Dan mulutku ini tidak pernah merasa manis jika menyebut selainMu.

Bilakah masanya yang akan menemukan aku dengan Mu? Seseorang kekasih hanya bergembira apabila berada bersama dengan yang dikasihinya.

Dia yang matanya telah melihat nur kecantikanMu, tidak akan dapat dihiburkan, dia pasti mati kerana merindukanMu.

Telah dinyatakan dalam sebuah hadith bahawa, “ Mereka yang sentiasa berkumpul di masjid adalah tonggak masjid dan malaikat adalah rakan mereka yang akan mengunjungi mereka ketika sakit dan membantu mereka dalam segala urusan.

Friday, August 8, 2008

Surau dan Suara..

assalamualaikum,
Firstly, saya nak minta maaf, bukan niat untuk mencemuh cuma mahu menegur atas dasar persaudaraan sesama islam. Moga jadi ingatan untuk diri sendiri dan sahabat semua.

Di mana Ipt surau disediakan di semua fakulti untuk kemudahan para pelajar untuk bersolat, Alhamdulillah. Kelas yang tidak menentu masa dan tempat membolehkan kita untuk solat di mana-mana fakulti. Namun apa yang dikesalkan, ramai menjadikan surau sebagai tempat R&R seperti yang terdapat di tepi2 Highway untuk kemudahan para pemandu. Ramai mengambil peluang untuk melepaskan lelah dan tido disurau hingga menyebabkan surau menjadi penuh dan sesak. Ini menyebabkan suasana menjadi seprti pasar dan kadang-kadang mengganggu jemaah untuk bersolat. pernah sekali saya berhenti solat zuhur sebelum ke kelas seterusnyadi sebuah fakulti . waktu solat baru masuk dan masih sempat untuk berjemaah. tapi sayang, hanya kami berdua yang menyedari kewujudan imam di surau tersebut. itu pun setelah berhempas pulas memasang telinga untuk mendengar suara imam dek kerana suara-suara 'imamah-imamah' lain yang lebih kuat. Tak ramai yang ingin berjemaah mungkin kerana takut tidak dapat mengikut imam kerana kebisingan di dalam surau. ada pula yang bercakap di telefon seperti berada di rumah sendiri. tolonglah perlahankan suara anda ketika berada di surau. teringat lak lagu native deen,
i'm not asking you to quit, but just show respect to whom you with. kita melenting kalo perokok merokok sebelah kita. camtu gak la kalo kita wat bising lam surau. Yes, please respect others! bukan kit sorang je guna surau tu...
Perkara semacam ini amat dikesali kerana notis-notis dilarang membuat bising tidak dilayan. masing2 buat tak reti.Kalo tak bising pun, saya ni jenis yang susah nak khusyuk, ini kan pula kalo bising...faham2 je la.suasana akan jadi lebih mriah jika muslimah yang 'bercuti' turut menumpang sekaki di dalam surau, fuh..can you imagine the noise?(pompuan, biasela) kawan saya selalu mengingatkan, 'Kau tak leh semayang tak yah la nak susah-susah mengimarahkan surau time2 camni, wakaf kat luar banyak lagi kalo nak lepak tak pun balik rumah terus.'
Disini saya ingin kongsikan antara adab2 dimasjid@surau:

  • berdoa ketika keluar untuk ke masjid
  • berdoa untuk masuk masjid dan mendahului kaki kanan
  • berdoa ketika keluar dan mendahului kaki kiri
  • solat tahiyatul masjid
  • menjauhi diri dari bau-bau yang tidak sedap
  • mmenjaga kebersihan dan kesucian masjid
  • tidak melintas dihadapan orang yang mendirikan solat.
  • TIDAK MNGERASKAN SUARA
  • tidak mengadakan jual beli
  • TIDAK MEMBICARAKAN SESAUTU YANG TIDAK BERMANFAAT.
Alhamdulillah, semoga menjadi renungan bersama.Insya Allah.

Life is an open secret, discover it!
















salam,
Books that worth reading which i have discover who am i and appreciating others. buku yang menyebabkan kita tersandar muhasabah diri. membuatkan kita lebih dan ingin menghargai orang disekeliling kita, ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, kawan2 n etc. menyedarkan kita bahawa kita tidak sendirian di dunia ini. there are you, me and we...you can get this book if you..
  • wish to change lane from small roads onto the highway
  • hunger for inspiration
  • find way to become better person
  • the way how to get the prayers of the children , poor weak and orphaned to continue after you leave this world
  • want your loved one to appreciate and enjoy this life
grab this book for only RM2 for each story..

Bersyukur...

Assalamualiakum,
Alhamdulillah kita dapat bernafas dan menjalani hidup di sebuah negara yang telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Jadi, sebagai seorang muslim di sebuah negara Islam kita tidak ada maslah untuk mengamalkan Islam tidak seperti negara di mana Islam adalah agama minoriti. kita tidak perlu melilau berjam-jam untuk mencari surau untuk bersolat atau terpaksa menanggalkan tudung untu menyambung pelajaran atau terpaksa berperang untuk mempertahankan agama dan tanahair.
tapi, adakah kita bersyukur? Macam mane cara untuk kita menunjukkan tanda kesyukuran kita? adakah kita betul-betul menjaga solat kita disebalik segala kemudahan di sekeliling kita? atau kita tetap juga cerewet? Kononnya.. contohnya, kalau tengah shopping and waktu solat sudah lama masuk. adakah kita perihatin untuk mencari surau dan solat dulu atau kita kata 'tak pe la, sempat balik solat kat rumah, lagipun tak selesa la'. apabila dah ada kemudahan kita masih lagi memberi alasan. Tidak terfikirkah kita bila nak balik nanti, akan lam alak untuk menuggu teksi @ bus? Traffic Jam(KL, biasela)?Sampai rumah mesti penat and rehat dulu la...

Untuk yang masih lagi menanti-natikan ‘hidayah untuk bertudung, tidakkah anda bersyukur untuk hidup di Negara yang tidak menghalang muslimah dari bertudung? Cuda renung laporan dibawah..

‘Selepas tragedi 11 September, kebanyakan wanita Islam di Barat tertekan kerana tudung kepala atau hijab dianggap sebagai propaganda politik yang radikal. Sedangkan, pemakaian hijab adalah sebahagian daripada tuntutan agama. Rentetan daripada itu, guru-guru sekolah yang beragama Islam di Jerman dilarang memakai tudung kepala.

Kontroversi ini menyebabkan Mahkamah Perlembagaan Pusat (Federal Constitutional Court) Jerman memberi kuasa kepada perundangan negeri agar melarang guru-guru beragama Islam memakai tudung di tempat kerja. Sesetengah negeri pula menyatakan hasrat untuk menggubal undang-undang yang menghalang kakitangan awam Muslim daripada memakai tudung kepala sewaktu bertugas. ‘

(http://www.irc-malaysia.com/islamduniaku/artikel_detail.asp?idart=9)

Pada April 2004 hingga Januari 2005, enam negeri meluluskan penggubalan undang-undang tersebut manakala empat negeri mempertimbangkan draf undang-undang dan lima negeri tidak mengambil sebarang tindakan.’

Tapi masih ramai yang menggunakan alsan seperti’buat ape bertudung kalau tidak ikhlas?’. Then, how sincere are you when you’re praying, fasting etc? Bukan nak mempersoalkan keikhlasan sape2 sebab ikhlas itu milik Allah. Ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam di tengah malam yang pekat.jadi siape kita untuk menilai keikhlasan seseorang even kita sendiri pun tidak dpat menilai keikhlas diri sendiri.

‘katakanlah, “Dialah menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati tetapi amat sedikit kamu bersyukur’(ayat 23 surah Almulk)

Tuesday, July 29, 2008

Tapi, aku sayang sangat kat dia...


satu hadis mengatakan...
"jika seseorang hamba Allah menahan keinginannye dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

yakinlah bahawa Allah tidak memungkiri janjiNYA.

Renung ayat di bawah:

‘ Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi sekutu-sekutu Allah, mereka mencintainya, sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…’

Hayati sabda Junjungan Mulia:

‘ Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan kata-kata, tangan boleh berzina dengan berpegangan tangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati boleh berzina dengan merindu, mengingati dan membayangi sidia’ ( HR Muslim)

Cuba padankan dengan ayat Al-Quran di bawah:

Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang buruk."

(Surah Al-Israk, ayat 32)

SAYANG...
jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..

SAYANG...
jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..

Sepatutnya kita mengimpikan perkahwinan yang barakah...perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...

Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya ttg hbgn cinta sblm nikah. Jawab beliau; Jika hbgn itu seblm nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adlh HARAM, krn tidak boleh sesorg utk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Jgnlah seorang lelaki bedua-duaan dgn seorg wanita kecuali ada brsama2x mahramnya, dan jgnlah sesorg wanita berpergian kecuali brsama mahramnya...

Thursday, July 24, 2008

Cinta itu...

CINTA ITU...Assalamualaikum...

Meniti alam remaja, semua tidak terlepas dari satu perkataan yang cukup berbisa penangannya dan mampu mengubah seseorang waima dunia sekalipun. Itulah kuasa CINTA. Tiada siapa yang mampu menghalangnya dari mendatangi kerana ia adalah satu anugerah suci Yang Maha Esa. Cuba bayangkan jika tidak wujud pun perasaan cinta di dunia ini. Ibu bapa tidak cintakan anak-anaknya, suami tidak cintakan isteri, isteri derhaka pada suami, anak-anak membuang ibu bapa sendiri dan pemimpin tidak menghiraukan orang yang dipimpinnya? Mampukah kita hidup dengan aman seperti yang kita kecapi sekarang?

Namun, lewat hari ini berlaku ‘limpahan’ cinta di mana-mana terutamanya di kalangan remaja sekarang. Kononnya demi cinta suci apa saja sanggup di pertaruhkan sehingga ada yang sanggup mengadaikan maruah sendiri. Ada yang sanggup mempermainkan cinta sehingga diletakkan nilai cinta paling bawah.. Cinta diberikan nama yang pelbagai; yang dilamun cinta, baginya cinta itu nikmat , yang tengah kecewa cinta itu petaka dan ada yang menyalahkan cinta bila tersalah pilih. Kata mereka cinta itu

buta. Kawan-kawan, cinta bukanlah benda hidup yang ada mata macam kita, tetapi kita yang buta kerana cinta yang digarap dengan nafsu dan jauh dari syariat Islam. Mencintai, ingin dicintai adalah fitrah dan lumrah bagi setiap insan yang normal. Namun, ada yang masih tidak memahi erti cinta.Di sini saya ingin kongsikan bersama pandangan Doktor HM Tuah Iskandar Al-Haj, seorang motivator terkenal terhadap cinta suci.

‘ Sesuatu yang paling seronok dilakukan di dunia ini ialah bercinta. Tapi kalau terlalu tenggelam dalam alam percintaan tidak membuahkan apa-apa kecuali perasaan yang dihiris-hiris. Cinta yang terlampau akan menunbuhkan rasa bodoh. Apa tidaknya Juliet membunuh diri kerana menyangka romeo telah mati. Cleopatra pula menghulurkan jarinya untuk dipatuk ular berbisa apabial Mark Anthony sudah mati? Laila dan majnun mati ditengah padang pasir semata-mata untuk membuktikan kesetiaan cinta.

Semua cinta begini melambangkan kebulatan hati, tetapi tersilap cara. Bercinta untuk kecemerlangan perlu dikawal fikiran bijak. Betul, kesetiaan itu dituntut namunjika cinta terlalu menimbulkan masalah, maka tinggalkanlah cinta itu sebab mungkin anda akan ditemukan kepayahan supaya anda mengorak langkah mencari yang lebih baik.

Cinta adalah naluri, maka bercintalah untuk merasakan hidup penuh berwarna-warni, tetapi batasi cinta anda tatkala anda masih dalam pencarian. Tatkala jelas matlamatnya dan si dia dirasakan paling serasi dan matlamatnya tidak lain kecuali pperkahwinan, jadikanlah ia bulat hingga ke penyudah.

Orang bijak tidak tewas oleh cinta tetapi cinta tertewas olehnya kerana ia berjayamenjadikan cinta itu jambatan menuju ke syurga. Fikirkan, renungkan dan ambil sikap yang betul.’

Jadi, cintailah seadanya, ini kerana cinta adalah sesuatu yang indah, cinta terlukis kerana sayang dan rindu, ibarat sebuah lukisan yang penuh impian , yang selalu ditunggudan diinginkan semua insan, cinta yang murni dan sejati.tetapi, kita usah cemarkan cinta itu dengan segala kemungkaran di atas gelojak perasaan tersebut. Jadikan cinta itu sesuatu yang mahal dan sukar diperolehi kerana ia pasti dihargai sampai bila-bila. Jadilah seorang pemenang dalam menggapai cinta di bawah reda dan rahmat Ilahi.

Nilai tudung wanita..



Di sini saya ingin berkongsi tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam yang di peti dalam satu artikel. saya pun dah lupa artikel mana sebab dah lama ambik..

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. Wallahualam..sentiasa menilik diri sendiri..

check this out!


Rahsia bulan kelahiran...

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akanmendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.



can check your hijrah month at
http://www.islamicfinder.org/dateConversion.php?lang=english

yang ni lak untuk bulan masihi...

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Wallahu'alam...

this is just for our general knowledge.mungkin ada yang betul dan ada yang tidak.. ianya hanya bberdasarkan kajian yang dibuat ke atas manusia bagi mengkaji tabiat manusia. cuma, melalui kajian ini kita dapat mengenali diri kita dan orang lain supaya dapat membina persefahaman sesama kita.insya allah..tapi..kita semua tahu yang segala-galanya adalah dari ALLAH SWT..

Sunday, July 20, 2008

the road not taken....

salam,
hi..pernah dengar tak cerita yang saya petik dalm satu buku ni, Life is an open secret by Zabrina Abu Bakar ni..camni:
babak 1:
semasa saya berjalan saya telah jatuh ke dalam 1 lubang yang dalam. saya tak dapat keluar selamanya.bukan salah saya.
babak 2:
kat jalan yang sama.. saya telah terjatuh lagi. tapi kali ia mengambil masa yang lama untuk saya keluar.salah saya
babak 3:
jalan yang sama.saya jatuh lagi..dah jadi satu kebiasaan pada saya dan ia memang salah saya.saya terus keluar cepat2.
babak 4:
jalan yang sama dan lubang yang sama...saya jalan tepi lubang tu.tak jatuh dah.
babak 5:
dah tau jalan tu ada lubang..so, saya amik jalan lain.
lastly, dia berjaya berfikir dengan waras dan mengambil jalan lain sebab jalan tu memang tak selamat. macamana dengan kita? setiap hari kita menghadapi situasi yang sama dan kita tetap tidak mengambil peluang untuk mengubahnya... ambil contoh as solat la..hari ini terbangun lewat dan kelas mula pukul 8 pagi.. kita pun tergesa2 untuk mandi dan bersiap untuk k kelas...tup2 lupa nak solat subuh..tak pe la..boleh qada' nanti..waktu zohor lak..penat tul balik kelas..tido lah jap..alih2 dah pukul 4..ada masa lagi untuk solat..takpe..leh solat asar terus t..erm..awal lak aku solat asar ek..waktu maghrib lak nak masuk isyak ..begitu k kita hari2?Nauzubillah...pernah gak muhasabah diri..tapi bila hari bermula the same thing will happen..bila kita nak cuba amik jalan yang berbeza cam dalam cita tadi?
cuba tengok perumpaan ni: kita umpama musafir yang sesat di dalam sebuah hutan yang tebal.. tapi di kiri kanan jalan ada gerai yang banyak menjual peta (hutan zaman moden;-))..sekarang tinggal kita nak beli k tak je...x de duit?kaunter pertanyaan pun ada...
seperti termaktub dalam alquran, "...Allah sesekali tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum tersebut mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." (surah al-anfaal 8:53)
so, apa pilihan kita? selamanya sesat, berada dalam lubang tanpa ikhtiar untuk keluar or take another direction and ask for the right direction?semuanya di tangan kita..we have the choice..
pernah baca poem ni tak it is by robert frost..The Road not Taken.:
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth.

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same.

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

memang susah untuk berubah.lebih lebih lagi orang sekeliling kita tak menyokong dan bila kita berubah, kita mungkin di pandang pelik oleh orang sekeliling.. tapi tidak salah mencuba jika ia sesuatu yang berguna...but..changes will definately takes time...cam lam poem kat atas..jalan yang tak pernah orang lalu memang la banyak semak dan kita perlu menebas untuk lalu...and it really takes time..but, it worth trying..kerana, selagi kita tetap berada di landasan yang lurus,Allah pasti menolong kita..erm nak kongsi satu lagu best by Native Deen:

video

ni lyric dia:
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Single mother raising her children
And Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It Was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love --
They brought her in -- told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I'll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days.... I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know.....when I'm praying and fasting'
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

one day there's a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing.... her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don't see me sweatin' when they're jokes cracking
Never see me cussing' with my pants saggin'
I aint never running Yo Im still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause...

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Now, I'm a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don't dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more....

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn't cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me Im a brotha gotta stand my ground
No fear, Im tough Im the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but Im hold my own
With Allahs help I'll be strong as stone
And I'll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone.

ok,guys..dont ever afraid if u're alone coz ALLAH is always with you..belive me