Friday, August 8, 2008

Bersyukur...

Assalamualiakum,
Alhamdulillah kita dapat bernafas dan menjalani hidup di sebuah negara yang telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Jadi, sebagai seorang muslim di sebuah negara Islam kita tidak ada maslah untuk mengamalkan Islam tidak seperti negara di mana Islam adalah agama minoriti. kita tidak perlu melilau berjam-jam untuk mencari surau untuk bersolat atau terpaksa menanggalkan tudung untu menyambung pelajaran atau terpaksa berperang untuk mempertahankan agama dan tanahair.
tapi, adakah kita bersyukur? Macam mane cara untuk kita menunjukkan tanda kesyukuran kita? adakah kita betul-betul menjaga solat kita disebalik segala kemudahan di sekeliling kita? atau kita tetap juga cerewet? Kononnya.. contohnya, kalau tengah shopping and waktu solat sudah lama masuk. adakah kita perihatin untuk mencari surau dan solat dulu atau kita kata 'tak pe la, sempat balik solat kat rumah, lagipun tak selesa la'. apabila dah ada kemudahan kita masih lagi memberi alasan. Tidak terfikirkah kita bila nak balik nanti, akan lam alak untuk menuggu teksi @ bus? Traffic Jam(KL, biasela)?Sampai rumah mesti penat and rehat dulu la...

Untuk yang masih lagi menanti-natikan ‘hidayah untuk bertudung, tidakkah anda bersyukur untuk hidup di Negara yang tidak menghalang muslimah dari bertudung? Cuda renung laporan dibawah..

‘Selepas tragedi 11 September, kebanyakan wanita Islam di Barat tertekan kerana tudung kepala atau hijab dianggap sebagai propaganda politik yang radikal. Sedangkan, pemakaian hijab adalah sebahagian daripada tuntutan agama. Rentetan daripada itu, guru-guru sekolah yang beragama Islam di Jerman dilarang memakai tudung kepala.

Kontroversi ini menyebabkan Mahkamah Perlembagaan Pusat (Federal Constitutional Court) Jerman memberi kuasa kepada perundangan negeri agar melarang guru-guru beragama Islam memakai tudung di tempat kerja. Sesetengah negeri pula menyatakan hasrat untuk menggubal undang-undang yang menghalang kakitangan awam Muslim daripada memakai tudung kepala sewaktu bertugas. ‘

(http://www.irc-malaysia.com/islamduniaku/artikel_detail.asp?idart=9)

Pada April 2004 hingga Januari 2005, enam negeri meluluskan penggubalan undang-undang tersebut manakala empat negeri mempertimbangkan draf undang-undang dan lima negeri tidak mengambil sebarang tindakan.’

Tapi masih ramai yang menggunakan alsan seperti’buat ape bertudung kalau tidak ikhlas?’. Then, how sincere are you when you’re praying, fasting etc? Bukan nak mempersoalkan keikhlasan sape2 sebab ikhlas itu milik Allah. Ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam di tengah malam yang pekat.jadi siape kita untuk menilai keikhlasan seseorang even kita sendiri pun tidak dpat menilai keikhlas diri sendiri.

‘katakanlah, “Dialah menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati tetapi amat sedikit kamu bersyukur’(ayat 23 surah Almulk)

0 comments: