Assalamualaikum...
Meniti alam remaja, semua tidak terlepas dari satu perkataan yang cukup berbisa penangannya dan mampu mengubah seseorang waima dunia sekalipun. Itulah kuasa CINTA. Tiada siapa yang mampu menghalangnya dari mendatangi kerana ia adalah satu anugerah suci Yang Maha Esa. Cuba bayangkan jika tidak wujud pun perasaan cinta di dunia ini. Ibu bapa tidak cintakan anak-anaknya, suami tidak cintakan isteri, isteri derhaka pada suami, anak-anak membuang ibu bapa sendiri dan pemimpin tidak menghiraukan orang yang dipimpinnya? Mampukah kita hidup dengan aman seperti yang kita kecapi sekarang?
Namun, lewat hari ini berlaku ‘limpahan’ cinta di mana-mana terutamanya di kalangan remaja sekarang. Kononnya demi cinta suci apa saja sanggup di pertaruhkan sehingga ada yang sanggup mengadaikan maruah sendiri. Ada yang sanggup mempermainkan cinta sehingga diletakkan nilai cinta paling bawah.. Cinta diberikan nama yang pelbagai; yang dilamun cinta, baginya cinta itu nikmat , yang tengah kecewa cinta itu petaka dan ada yang menyalahkan cinta bila tersalah pilih. Kata mereka cinta itu
buta. Kawan-kawan, cinta bukanlah benda hidup yang ada mata macam kita, tetapi kita yang buta kerana cinta yang digarap dengan nafsu dan jauh dari syariat Islam. Mencintai, ingin dicintai adalah fitrah dan lumrah bagi setiap insan yang normal. Namun, ada yang masih tidak memahi erti cinta.Di sini saya ingin kongsikan bersama pandangan Doktor HM Tuah Iskandar Al-Haj, seorang motivator terkenal terhadap cinta suci.
‘ Sesuatu yang paling seronok dilakukan di dunia ini ialah bercinta. Tapi kalau terlalu tenggelam dalam alam percintaan tidak membuahkan apa-apa kecuali perasaan yang dihiris-hiris. Cinta yang terlampau akan menunbuhkan rasa bodoh. Apa tidaknya Juliet membunuh diri kerana menyangka romeo telah mati. Cleopatra pula menghulurkan jarinya untuk dipatuk ular berbisa apabial Mark Anthony sudah mati? Laila dan majnun mati ditengah padang pasir semata-mata untuk membuktikan kesetiaan cinta.
Semua cinta begini melambangkan kebulatan hati, tetapi tersilap cara. Bercinta untuk kecemerlangan perlu dikawal fikiran bijak. Betul, kesetiaan itu dituntut namunjika cinta terlalu menimbulkan masalah, maka tinggalkanlah cinta itu sebab mungkin anda akan ditemukan kepayahan supaya anda mengorak langkah mencari yang lebih baik.
Cinta adalah naluri, maka bercintalah untuk merasakan hidup penuh berwarna-warni, tetapi batasi cinta anda tatkala anda masih dalam pencarian. Tatkala jelas matlamatnya dan si dia dirasakan paling serasi dan matlamatnya tidak lain kecuali pperkahwinan, jadikanlah ia bulat hingga ke penyudah.
Orang bijak tidak tewas oleh cinta tetapi cinta tertewas olehnya kerana ia berjayamenjadikan cinta itu jambatan menuju ke syurga. Fikirkan, renungkan dan ambil sikap yang betul.’
Jadi, cintailah seadanya, ini kerana cinta adalah sesuatu yang indah, cinta terlukis kerana sayang dan rindu, ibarat sebuah lukisan yang penuh impian , yang selalu ditunggudan diinginkan semua insan, cinta yang murni dan sejati.tetapi, kita usah cemarkan cinta itu dengan segala kemungkaran di atas gelojak perasaan tersebut. Jadikan cinta itu sesuatu yang mahal dan sukar diperolehi kerana ia pasti dihargai sampai bila-bila. Jadilah seorang pemenang dalam menggapai cinta di bawah reda dan rahmat Ilahi.
0 comments:
Post a Comment