Monday, August 18, 2008

Jom Jemaah!


Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin Umar r.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.”

(Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

Keterangan

Apabila seseorang itu mendirikan solah dengan niat untuk memperolehi pahala maka cara yang mudah ialah jangan bersolah di rumah, tetapi pergilah bersolah di masjid dengan berjemaah. Amalan ini tidaklah begitu susah malah akan memperoleh ganjaran yang begitu banyak. Siapakah yang akan melepaskan peluang memperoleh 27 ringgit atau 28 ringgit dan berpuas hati dengan hanya 1 ringgit. Sebaliknya kita langsung tidak memberi perhatian untuk mendapatkan keuntungan yang sebegitu besar dalam amalan agama.Tidak lain dan tidak bukan sebabnya ialah kita sudah tidak lagi menghiraukan agama. Bahkan keuntungan agama tidak lagi dipandang sebagai satu keuntungan. Sedangkan kita sanggup bertungkus lumus sepanjang hari untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan di dunia ini. Namun, untuk keuntungan akhirat yang mendatangkan 27 kali ganda manfaat menjadi satu bebanan pula solah berjemaah kepada kita.

Ada di kalangan kita pula menganggap bahawa pergi ke masjid mendatangkan kerugian pada perniagaan dan jualan akan terjejas serta susah pula untuk menutup serta membuka kedai. Bagi mereka yang mempunyai kebesaran Allah Taala dlm hati mereka serta yakin dan berpuas hati dengan janji-janjiNya maka ganjaran dan pahala daripada Allah Taala adalah suatu perkara yang paling bernilai baginya. Mereka tidak memandang sedikit pun kepada alasan-alasan di atas. Pujian Allah Taala untuk orang seperti ini diterangkan dalam al Quran:

Maksudnya:

“ Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada menyebut serta mengingati Allah Taala dan mendirikan solah....”

(an-Nur :37)

Tentang amalan para sahabat dalam perniagaan selepas azan dilaungkan, diceritakan secara ringkasnya dlm bab kelima dlm kitab Kisah Para Sahabat.

Seorang wali Allah, Hazrat Salim Haddad rah. Apabila mendengar azan, wajahnya berubah menjadi pucat, keadaannya mulai gelisah. Beliau bangun meninggalkan kedainya dlm keadaan terbuka sambil membaca syair ini:

Maksudnya:

Apabila muazzinMu mula mengumandangkan azan. Segera aku bangun menyahut seruan Allah Taala Yang Maha Besar, tiada yang lain sepertiNya........

Aku menyahut apabila diseur dengan penuh taat.Dengan riang aku menyahut, aku hadir wahai Yang Maha Mulia.

Wajahku menjadi pucat kerana takut dan gerun. Untuk bersamaNya aku mengalihkan daripada segala-galanya yang lain.

Demi kerana Mu , aku bersumpah bahawa tiada yang lebih lazat daripada menyebut namaMu. Dan mulutku ini tidak pernah merasa manis jika menyebut selainMu.

Bilakah masanya yang akan menemukan aku dengan Mu? Seseorang kekasih hanya bergembira apabila berada bersama dengan yang dikasihinya.

Dia yang matanya telah melihat nur kecantikanMu, tidak akan dapat dihiburkan, dia pasti mati kerana merindukanMu.

Telah dinyatakan dalam sebuah hadith bahawa, “ Mereka yang sentiasa berkumpul di masjid adalah tonggak masjid dan malaikat adalah rakan mereka yang akan mengunjungi mereka ketika sakit dan membantu mereka dalam segala urusan.

0 comments: