assalamualaikum,
Firstly, saya nak minta maaf, bukan niat untuk mencemuh cuma mahu menegur atas dasar persaudaraan sesama islam. Moga jadi ingatan untuk diri sendiri dan sahabat semua.
Di mana Ipt surau disediakan di semua fakulti untuk kemudahan para pelajar untuk bersolat, Alhamdulillah. Kelas yang tidak menentu masa dan tempat membolehkan kita untuk solat di mana-mana fakulti. Namun apa yang dikesalkan, ramai menjadikan surau sebagai tempat R&R seperti yang terdapat di tepi2 Highway untuk kemudahan para pemandu. Ramai mengambil peluang untuk melepaskan lelah dan tido disurau hingga menyebabkan surau menjadi penuh dan sesak. Ini menyebabkan suasana menjadi seprti pasar dan kadang-kadang mengganggu jemaah untuk bersolat. pernah sekali saya berhenti solat zuhur sebelum ke kelas seterusnyadi sebuah fakulti . waktu solat baru masuk dan masih sempat untuk berjemaah. tapi sayang, hanya kami berdua yang menyedari kewujudan imam di surau tersebut. itu pun setelah berhempas pulas memasang telinga untuk mendengar suara imam dek kerana suara-suara 'imamah-imamah' lain yang lebih kuat. Tak ramai yang ingin berjemaah mungkin kerana takut tidak dapat mengikut imam kerana kebisingan di dalam surau. ada pula yang bercakap di telefon seperti berada di rumah sendiri. tolonglah perlahankan suara anda ketika berada di surau. teringat lak lagu native deen,
i'm not asking you to quit, but just show respect to whom you with. kita melenting kalo perokok merokok sebelah kita. camtu gak la kalo kita wat bising lam surau. Yes, please respect others! bukan kit sorang je guna surau tu...
Perkara semacam ini amat dikesali kerana notis-notis dilarang membuat bising tidak dilayan. masing2 buat tak reti.Kalo tak bising pun, saya ni jenis yang susah nak khusyuk, ini kan pula kalo bising...faham2 je la.suasana akan jadi lebih mriah jika muslimah yang 'bercuti' turut menumpang sekaki di dalam surau, fuh..can you imagine the noise?(pompuan, biasela) kawan saya selalu mengingatkan, 'Kau tak leh semayang tak yah la nak susah-susah mengimarahkan surau time2 camni, wakaf kat luar banyak lagi kalo nak lepak tak pun balik rumah terus.'
Disini saya ingin kongsikan antara adab2 dimasjid@surau:
- berdoa ketika keluar untuk ke masjid
- berdoa untuk masuk masjid dan mendahului kaki kanan
- berdoa ketika keluar dan mendahului kaki kiri
- solat tahiyatul masjid
- menjauhi diri dari bau-bau yang tidak sedap
- mmenjaga kebersihan dan kesucian masjid
- tidak melintas dihadapan orang yang mendirikan solat.
- TIDAK MNGERASKAN SUARA
- tidak mengadakan jual beli
- TIDAK MEMBICARAKAN SESAUTU YANG TIDAK BERMANFAAT.
0 comments:
Post a Comment