Tuesday, July 29, 2008

Tapi, aku sayang sangat kat dia...


satu hadis mengatakan...
"jika seseorang hamba Allah menahan keinginannye dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

yakinlah bahawa Allah tidak memungkiri janjiNYA.

Renung ayat di bawah:

‘ Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi sekutu-sekutu Allah, mereka mencintainya, sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…’

Hayati sabda Junjungan Mulia:

‘ Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan kata-kata, tangan boleh berzina dengan berpegangan tangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati boleh berzina dengan merindu, mengingati dan membayangi sidia’ ( HR Muslim)

Cuba padankan dengan ayat Al-Quran di bawah:

Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang buruk."

(Surah Al-Israk, ayat 32)

SAYANG...
jiwa pemuda yang sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir menjadi kuncup kerana terjerat dengan pencintaan..

SAYANG...
jiwa pemudi yang sepatutnya disirami dengan kesopanan dan kesolehan di dada menjadi kotor dek cinta yang ternoda..

Sepatutnya kita mengimpikan perkahwinan yang barakah...perkahwinan yang barakah itu hanya boleh didapati apabila detik2 awal pertemuan turut diberkati, menurut syarak, bebas dari nafsu syahwat...

Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya ttg hbgn cinta sblm nikah. Jawab beliau; Jika hbgn itu seblm nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adlh HARAM, krn tidak boleh sesorg utk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Jgnlah seorang lelaki bedua-duaan dgn seorg wanita kecuali ada brsama2x mahramnya, dan jgnlah sesorg wanita berpergian kecuali brsama mahramnya...

0 comments: