Salam,
tadi masa tgh dok go through some blogs i found an interesting on from malaysiawaves.com. it is an article on 'To 10 Scientifically inaccurate movies'. antara lain artikel bagi beberapa example holloywood movies yang berjaya menipu penonton hidup2..kite pn ternganga tengok..ingatkan betul...cth:
We could put together a long list of all the things wrong with Michael Bay's feel-good ode to global destruction, but NASA has already and they counted at least 168 mistakes. But perhaps the biggest problem is that the plot itself -- splitting a Texas-sized rock in two with a single nuke -- has a Texas-sized hole in it. We don't have a nuclear bomb anywhere near powerful enough to do the job. As strange as it might seem, this is a case of a Michael Bay movie not having a big enough explosion.
Much in the way of physics in the Matrix -- like dodging bullets and running up walls -- gets a pass because it's all within a massive virtual world. But in reality, our supposed robot overlords are a bit dim. Humans are a remarkably inefficient energy source. Instead of turning the human race into Duracells, the machines would probably get more energy just setting those goopy people pods on fire.
Kalau movies cam ni leh la drg tipu saya yang bukan beraliran sains ni..tapi at least bagi saya movies camni mencabar minda gak(walaupn scietifically inaccurate) compared to the movies kat malaysia sakarang ni. Bukan nak kutuk buatan Malaysia, cuma ksal sebab Malaysia still tak keluar dari kepopong pemikiran sempit ni..Producer2 kita hanya mampu bereksperimen ngan filem2 seram@hantu yang tiada kesahihanya itu. kalau ada list' Top 10 Scientifically/religiously/Cognitively inaccurate' , sema cite2 movies Malaysia kot. memetik lawak selambe kawan saya 'aku rasa hantu2 pun dh ada Malam Bintang kot. Ye la drang mesti nak anugerah hantu paling popular, dah banyak sangat filem drg berlakon.' memetik kata2 bernas di saifulislam.com 'cite2 seram@hantu ni telah berjaya membuatkan anak2 kita takutkan hantu lebih dari takutkan Allah. Alangkah baiknya jika kanak2(org tue pn-pen) takut nak perkara maksiat bila mak ayah kata ' jangan wat camtu Allah nampak'..ni tidak bila nk takutkan ank2 mak ayah selalu ckp 'wat la perangai camtu nanti hantu datang'.terkencing2 anak tu ketakutan. ada la 2 malam t tak pergi toilet sendiri.sebab takut.
kalau kita tengok drama2 or filem kat tv sekarang, ada producer Indonesia dgn berani and machonyer telah cuba menghasilkan cerita islamik spt Ayat2 cinta ( wlpn saya tak suka sgt cite ni), pasentran cinta, di atas sejadah cinta etc. Cuma bagi saya cerita2 tersebut dihasilkan lebih untuk keuntungan berbanding untuk tarbiah. (better baca novel la).. masih ada adegan2 yang tidak patut di dalam filem tersebut yang ditayangkan secara terbuka seperti aurat wanita, hubungan suami isteri etc. adegan2 tersebut tidak perlu di pertontonkan kerana pelakon2 tersebut hanya melakonkan watak tersebut dan mereka masih mahram.
Saya ternanti-nanti kalo ada producer malaysia yang berani dan macho yang sanggup menghasilkan filem2 sebegini. kita sudah ada contoh seperti Cinta Madinah dan Syukur 21. dan saya rasa filem tersebut mendapat sambutan ramai..tiada masalah komersial. tidak perlu aksi-aksi stunt yang gempak2, teknology yang canggih2 cuma perlukan cerita tersebut lebih bermutu dari segi nilai universal(agama) yang akan merangkumi nilai kemanusiaan seperti kekeluargaan, cinta, politik, ekonomi etc. udah2 la dengan scandal perniagaan yang tak pernah habis, hasad dengki yang tiada ubatnya itu. berilah peluang kepada suri rumah yang dok tergila2gilakan cite sepanyol and indo satu nafas baru dalam drama malaysia. beri peluang untuk menambah ilmu melalui drama lak selain dari tgk wanita hari ini dan Nona. bagi peluang untuk mereka melihat gambaran keluarga yang islami dan mempunyai nilai moral yang tinggi dalam drama dan ini Insya Allah akan membantu mereka untuk mengaplikasinya dalam rumahtangga mereka. Tak lak surirumah2 Malaysia ni still dok berangan ntah pe2 dok tgok cite sepanyol yang penuh ngan feel of pathetic for the protagonist and full of hatred for the antagonist only. Nothing MORE than that. bila ek...saya amat mengharapkan agar kementerian yang terbabit serta media lebih PEKA berbanding PEKAK, lebih CELIK berbanding BUTA dgan isu masalah jenayah sosial dikalangan remaja dan dewasa serta golongan akademik dan cerdik pandai yang sedang meruncing ni..
some novels yang saya rasa bagus bangat tuk difilemkan/didramakan kat samarinda or cerekarama:
- Syabab Musafir kasih(Fatimah Syarha Noordin)-setting dia kat Malaysia je..jimat kos gak la sb x yah shoot kt overseas.
- Tunggu teduh dulu (Faisal Tehrani)-- ada yang kena shoot kat mekah..ala leh gak wat haji or umrah skali..menyelam sambil minum air..air zam2 lak tu..berkat..
ok la kalau boleh wat 2 cite ni pun saya dah bersyukur sangat2 (saya vote producer 2 untuk The bravest producer ever).. TAPI.. tolong la jgan ubah ape2 dalam novel tu..Nk ubah setting takpe...but not the theme of the story...cam dalam cite ayat-ayat cite..i think they had totally tukar tema cite tu dari Semanya kerana Allah kepada semuanya kerana cinta. alangkah naifnye fahri dalam cerita tersebut. sedih tul...
ok lah..dah la dulu..banyak sangat mengomen t orang kata 'wat cerita sendiri ar..'.huhuhu..
Wallahulam...adios..