Sunday, February 21, 2010


Salam..
Alhamdulillah cuti sem baru2 ni aku berjaya mengkhatamkan novel tetralogi andrea hirata. Best bangat....10 stars(^_^).
Ceritanya sarat dengan pengajaran beserta dengan humur yang aku kira 'terpelajar' buat aku gelak tergolek2.Dia juga berjaya melelehkan air mata ku bila dia mengisahkan tentang pengorbanan seorang bernama ayah berkorban demi melihat anaknya berjaya. Kesabaran seorang ayah pendiam yang hanya tahu membaca jawi sanggup mengayuh basikal berpuluh2 kilometer demi hanya untuk melihat anak menerima anugerah di dalam tingkatan. Usaha itu adalah untuk memberi sokongan moral buat si anak. Seorang ayah yg begitu pendiam hingga boleh dikira patah2 yg keluar dari mulutnya berjaya mendidik seorang anak. banyak kasih sayang yang tumpah hanyalah melalui kerut muka, sinar wajah dan senyum tulus sang ayah.

Novel beliau juga suatu karya yang ilmiah. Setiap perkara yang disentuh sepanjang cerita digarap penuh ilmu walaupun terdapat unsur kecindan serta ironi yang menikam. Kegeniusan watak Lintang si Newton dan Mahar yg 'gila' seni diceritakan dengan baik sehinggakan aku merasakan si cilik adi putra dan sofea itu tidak la genius mana jika hendak dibandingkan dengan si Lintang yg tidak pernah melihat pencil sebelum datang ke sekolah dan perlu melalui denai lepak sang bedal terlebih dahulu sebelum sampai di pintu gerbang sekolah uzur mahmudiyah.

aku suka dengan tema setiap novel seperti dalam sang pemimpi si arai setia dengan kata2nya....'orang seperti kita jika tidak bermimpi akan mati,kal'..begitula yg kuingat. Teruja dengan sikap positif arai terhadap hidup dan cinta. Simpai keramat itu adalah anak yatim piatu yang dipelihara oleh keluarga si Ikal (andrea hirata) sangat optimis dengan hidup dan sangat yakin dengan apa yang dibuatnya. Dia penuh dengan kejutan yang kadang kala tidak masuk akal serta sangat mengenang budi orangnya. Membaca nvl sang pemimpi berkenaan arai si simpai keramat itu membuatkan aku ingin bertemunya.hehehe..poyo...moga dia bahagia dengan si cantik nurmala..buah hatinya itu..

Lastly, malas nak story panjang lebar ttg novel2 ni...korang kena baca. tapi..kalo korang seorang peminat novel2 alaf21 seperti aisya sofea, nor suraya, hlovate, norhayati berahim and etc..aku rasa korang tak kan enjoy baca novel2 ni. Tapi kalo korang suka cabaran boleh la cuba.Ade berani..hehehe...Satu lagi, korang tak boleh baca novel2 kalo korang tergesa2 nak habiskan.KEna baca dengan keadaan tenang dan hayati setiap cerita yang disampaikan. Korang pasti tak menyesalnye la.
Korang suka tentang isu politik semasa?sejarah kaum?unsur mistik?mengembara?cinta?persahabatan?kalo korang suka..jom baca buku ni..

0 comments: