Ini lah Dewan Seri tanjung Kolej Tun Syed Zahiruddin, University Malaya or (KK9). Gambar ni aku ambil melalui tingkap bilik aku. Di bahagian bawah dewan ini dahulunya merupakan dewan makan serta dewan study dan tempat mengadakan pelbagai acara. manakala bahgian atas dewan terdapat gymnasium, bilik media, bilik mesyuarat, bilik penyelia kolej, court badminton dab SURAU. Namun selepas kolej kami tidak menyediakan makanan kepada penghuninya, dewan ini banyak kali disewa untuk majlis perkahwinan seperti yang diadakan pada hari ini.
Sekarang mereka yang berkenaan sibuk dengan persiapan menyambut festival kesenian yang bakan diadakan pada mac ini. jadi, bilik2 yang berdekatan dengan dewan ini dapat mendengar lagu atau muzik2 lain tanpa perlu membazir bateri laptop memasang lagu2 sendiri. Sound sistem dewan ini kukira adalah yang terbaik yang terdapat di UM.
Kita boleh mendengar muzik yang diputarkan dengan begitu jelas sekali. apatah lagi jika berada di dewan tersebut seperti ketika solat fardhu di surau.. apa yang dikesalkan, muzik yang diputarkan tidak mengira waktu kecuali waktu azan masih mengganggu jemaahn yang bersolat, berzikir atau membaca Al-quran. Ini amat menjengkelkan jika berlaku di waktu solat maghrib dan Isyak. Sepatutnya AJK event yang muslim harus peka( bukan memekakkan telinga) dengan keadaan ini. Mungkin jika sambutan perayaan untuk non-muslim, keadaan ini boleh dimaafkan lagi dengan alasan kejahilan mereka. yet, mereka yang hidup di negara majmuk ini harus sedar akan sikap toleransi dan memahami agama lain.Tambahan pula ini tidak seharusnya terjadi kepada para intelek mahasiswa Universiti Malaya yang gah ini.
Kadang-kadang aktiviti seperti kuliah yang hanya diadakan 2 kali seminggu atau sekali seminggu itu terpaksa 'bertolak ansur' dengan bunyi kuat yang menerjah masuk kedalam surau. Para ustaz dan imam terpaksa menguatka suara untuk melawan bunyi dari luar. padahal, mereka hanya melakukan majlis rehearsal untuk majlis yang akan diadakan 2 hari akan datang!sedangakn kuliah atau solat jemaah itu hanya mengambil masa satu jam(kuliah) dan 15 minit untuk solat jemaah.
Kadang-kadang, AJK balai Islam turut mengalami masalah untuk menggunakan dewan(sepatutnya available untuk pelajar tanpa syarat) kerana akan ditempah untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan sehari selapas majlis yang dirancang oleh Balai Islam. Aku pernah juga terfikir yang aku ini belajar di Malaysia atau di negara yang Islam is not a majority?
Saturday, February 27, 2010
Aduhai KK9 kusayang....
Posted by Musafir at 5:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Wah, sudah berbunga-bunga blog dia :D
(maaf, keluar topik)
hehehe..
amik link dari blog akak la..
wat2 tanye lak (^_^)
Post a Comment