Ini antara cerita cinta islamik terhangat hari ini di kalangan penggemar novel dan cinta islamik. Termasuk aku(?).hehehehe...tapi tidak dapat dinafikan filem KCB lebih menepati seperti yang digarap di dalam novelnya karya Habiburrahman el-Shirazi berbanding filem Ayat-Ayat Cinta yang aku rasa amat contrast seperti didalam novel karya penulis yang sama. Cerita dalam filem KCB diambil terus dari novelnya tanpa mengubah perwatakan watak serta tema cerita tersebut seperti yang berlaku kepada novel ayat-ayat cinta.
Bagiku, Filem KCB berjaya mengangkat martabat filem2 Melayu Islamik terutamanya di Malaysia yang telah jadi filem 'ntah ape2 ntah' itu. Filem ini memaparkan persoalan survival pelajar yang belajar di luar negara (timur tengah) dalam menempuh kehidupan seharian. Beliau (watak Khairul azzam) yang kematian ayah semasa beliau sedang menyambung pelajaran di timur tengah terpaksa mengambil alih tugas ayahnya dan sebagai anak sulung untuk menyara ibunya dan tiga orang adik perempuan yang masih belajar. Tuntutan hidup menyebabkan pelajar cemerlang itu terpaksa membahagikan masa antara pelajaran dan bekerja sampingan berjualan tempe di sana. Duit yang diperolehi dihantar ke kampung buat menyara keluarganya. Ini menyebabkan beliau terpaksa mengorbankan banyak masa terhadap pelajaran dan beliau terpaksa melengahkan unruk menyelesaikan pengajiannya di sana selama 9 tahun. namun, segala cabaran ditempuh penuh redha dan diterimanya sebagai satu cubaan penuh hikmah buat mematangkan hidupnya. Malah, beliau telah menolong pelajar lain untuk menambah wang saku dengan membantunya berjualan tempenya.
Besides, tema ukhuwah yang kukuh antara Azzam dan teman serumah begitu menyentuh hatiku. Azzam seringkali bertindak sebagai 'abang' kepada teman serumahnya yang lain. Beliau akan mencuba untuk membantu teman serumahnya sedaya-upayanya dengan wang, tenaga dan buah fikiran serta nasihat.
Watak Khairul Azzam juga digarap sebagai seorang yang kuat bekerja serta warak. walaupun beliau baik dengan majikannya(sort of la..), Elianor, namun beliau amat menjaga batas perhubungan antara mereka.
Apa yang menarik bagi saya adalah teguran tajam serta membina daripada Ustaz Mujir(If i'm not mistaken) yang menolak pinangannya terhadap anna altafunnisa. Alasan beliau adalah Azzam masih tidak menyelesaikan pengajiannya sedangkan Anna adalah seorang yang cerdas dan terpeljar. Ibu bapa mana akan melepaskan anak gadis kepada orang sepertinya. Walaupun kedengaran agak kejam, namun ia menyedarkan Azzam akan tugasnya yang sebenar di situ sebagai seorang pelajar. Cinta sendiri tidak boleh menjadi sandaran untuk sebuah perkahwinan yyang bahagia. Satu pengajaran berguna untuk pelajar yang sedang gelisah ingin berumah tangga tetapi ibu bapa tidak mengizinkan. Our parents know us better. bersabarlah. Selesaikan satu persatu pekerjaan yang sedang kau lakukan sebelum mencari pekerjaan lain yang pastinya amat berat untuk kau tanggung sekaligus. Know yourselves. Orang Melayu kata 'ukur baju di badan sendiri'.
Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta
0 comments:
Post a Comment