KCB 2 lebih membawa persoalan jodoh dan usaha seorang Abdullah Khairul Azzam mencari cintanya. Setelah kecewa dengan Anna Altafunnisa yang telah lebih dahulu dipinang oleh sahabat baik sendiri, Azzam berusaha mencari cinta hati atas saranan sang ibu tercinta. Namun begitu, setelah tamat pengajiannya di Cairo, beliau seperti mahasiswa yang lain juga menghadapi masalah pengangguran. Beliau yang lebih cenderung kepada bidang perniagaan memilih untuk membuka gerai bakso berbanding menjadi ustaz seperti kebanyakan mahasiswa lepasan cairo yang lain sehingga menjadi buah mulut di kalangan orang kampungnya. Namun, atas kesedaraan yang mana apa yang dilakukan tidak bersalahan dengan syara' beliau tetap meneruskan perniagaan baksonya. alhamdulillah, berkat pertolongan Allah serta pengalamannya berniaga tempe di cairo, perniagaannya berjalan lancar. Beliau juga masih menambah ilmu agama di pondok pengajian di sekitar kampungnya.
Setelah itu, merasakan dirinya telah mantap dari segi ilmu agama dan ekonomi beliau menyatakan keinginan untuk berumah tangga. Dengan bantuan ahli keluarga beliau merisik wanita solehah untuk dijadikan teman hidup. Disini penulis memaparkan peranan ahli keluarga sebagai orang tengah dalam membantu ahli keluarga yang lain dalam usaha mencari jodoh yang baik. Taaruf dijalankan bersama-sama kehadiran muhrim.
Walaupun terdapat klise dimana hero (Azzam) akhirnya bersama dengan heroin(Anna) namun as the story develop, there are no scenes where Azzam meet Anna although both were falling in love at their first sight. Masing2 tahu batasan agama dimana Anna berusaha untuk menjadi isteri yang solehah buat suaminya Furqan dan Azzam berusaha memperbaiki diri untuk menjadi suami yang soleh. Tiada lagi Azzam di hati Anna setelah diijabkabul dengan Furqan. Malah Azzam sendiri tidak lagi mengimpikan Anna buatnya setelah menghadiri walimah anna and Furqan. Cinta mereka tulus kerana Allah. Tiada incident kebetulan di dalam filem itu untuk Anna bertemu dengan Azzam semasa menjadi isteri Furqan walaupun Furqan tidak pernah memenuhi keperluan batin Anna sebagai seorang isteri.
Kesimpulannya, Filem ini boleh dijadikan model oleh pengarah2 berbakat Malaysia buat mencipta karya yang mantap dan bermutu. Ini kerana Malaysia masih ketinggalan dalam menghasilkan filem ISlamik bukan separa islamik seperti yang banyak dihasilkan sekarang. Nak contoh? Lu pikir la sendiri.
Melly Goeslow-Haramkah.(OST KCB)
Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…
Tuesday, February 23, 2010
Cari Jodoh bersama Abdullah Khairul Azzam
Posted by Musafir at 6:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment