Salam..
Alhamdulillah game ping pong aku sudah tamat.Lebih tepat lagi kalau dikatakan telah ditamatkan oleh kolej 1 malam tadi.Zai (single kedua) amat kecewa sekali walaupun kami tidak menaruh apa-apa harapan selepas kalah dengan kolej 10 sebelum itu. Tapi harapun untuk menang walaupun satu set dalam mana-mana set(kalah 2-1 pun jadila) berkecai sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam Gymnasium 2 pusat sukan. Melihat lawan kami yang bermain seperti seorang professional membuatkan terus tersenyum kambing. "Main je la" Kataku pada pasukanku. Mereka sudah kelihatan patah semangat. Demotivated. Tetapi kami lalui juga malam yang amat pendek itu. Tidak sampai sejam, permainan kami tamat.
Sebaik pulang dari gymnasium 2, aku dapati kedua roomatesku belum lagi pulang dari surau. Malam itu ada tazkirah Akidah selapas maghrib. jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Lama juga tazkirah malam ni yang selalunya tidak melebihi pukul 9 malam. ini lagi lama dari permainan kami. huhuhuhu...
Untuk game kali ini aku betul-betul tiada semangat untuk menang atau bermain dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya, aku lebih suka bermain ping pong untuk leisure je berbanding main untuk match. Mungkin sebab aku mudah gugup bila berlawan.
Lagipun, untuk sebuah permainan adalah amat penting untuk setiap pemain mempunyai keinginan untuk menang sebagai pembakar semangat. Ia menjadi kewajipan sebab it's some kind of survival for each player to survive in that 'world'. It's like a battle field where everyone need to fight hard in order to survive. Once you lose tthe sense of survival, you'll die.
Selain daripada itu, pasukan tersebut juga memerlukan strategi, persiapan yang lengkap untuk sesuatu perlawanan. Keyakinan diri juga penting sebagai bekal menghadapi lawan. Ini kerana, kadang-kadang terdapat, pemain yang telah kalah dengan perang psikologi yang dimainkan oleh lawan sebelum menyentuh bola lagi. This is even worst because, the player might forget all the trainings and strategies learned before.
So, aku tidak mempunyai mana-mana persiapan seperti di atas semasa menempuhi perlawanan kali ini.Malah kami semua tidak. Ditambah pula dengan sikap aku yang tidak serius terhadap permainan ini. Sekali fikir gembira juga sebab lepas ini tak payah dah nak menyesakkan fikiran aku dengan ping pong lagi...yeaaaaaaaaaaaaah.
0 comments:
Post a Comment