Saturday, July 19, 2008

mirror, mirror on the wall..



Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda: Seorang mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain. Dan seorang Mukmin adalah saudara kepada mukmin yang lain

(Riwayat Abu Daud dan Al-Bukhari)


firstly, kita tengok ciri2 cermin yang dinyatakan dalam oleh Nabi dalam hadis Nabi kat atas.Saya petik ni dalam satu artikel kat iluvislam.com..

Saya cuba bahagikan kepada dua untuk menerangkan ciri-ciri cermin ini. Pertama, bagaimana kita cirinya yang perlu kita ambil. Kedua, ciri-ciri cermin yang perlu kita berhati-hati.

Kenapa kita pula yang kena berhati-hati? Kerana Nabi Muhammad telah mengibaratkan kita sebagai cermin. Cuma kita kurang berhati-hati dengan sifat kita yang seperti cermin.

Ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan(reflection). Apabila kita berdiri di depan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira jurujual, doktor, peguam dan lain-lain lagi.

Dan kita perhatikan pula bagaimana cermin bertugas dalam memberi pantulan(reflection) yang perlu kita tiru:

1. Senyap - Cermin memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

2. Sepanjang masa – Cermin memberi reflection sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. 24 jam. Begitulah juga dengan kita, perlu memberi imej diri yang baik 24 jam. Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Bukan sejam dua sehari.

3. Tidak lupa tugas - Jika kita memecahkan cermin, kita masih boleh nampak diri kita pada serpihan-serpihan cermin itu kerana perlu diingat reflection cermin sepanjang masa. Signifikannya biar dimaki hamun, dizalimi, atau dalam keadaan susah kita tetap perlu menunjukkan imej muslim yang baik.

4. Tidak mengungkit - Keburukan yang terserlah hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan menyimpan imej-imej buruk tersebut selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita cuba melupakan keburukan mereka

to sum up, saya rasa sebagai seorang muslim yang menyayangi saudaranya dan tidak mahu melihat saudara kita terus leka kita perlu kembali kepada nature sebuah cermin... the most important thing..kita perlulah cuba sedaya upaya untuk menjadi sebuah cermin yang elok sebab cermin yang retak tak mungkin diguna orang,rite? to be a good mirror is like trying hard to be a good muslim. bermakna kita perlu menjadi seorang yang boleh menjadi contoh teladan kepada saudara kita.then, jika kita tahu keaiban saudara kita tak perlulah kita menghebohkannya ke seluruh alam sebab nature cermin adalah senyap dan tak pernah save any of our image dan tak pernah mengungkit serta tahan dengan segala caci hamun.. sebab adakah manusia ni bila dia tak puas hati ngan appearance dia marahkan cermin..cermin diam je...tapi jangan jadi cermin ajaib dalam cite Snow White and seven Dwarfs sebab cermin tu tak pernah halang bila the Queen tu nak wat jahat..its a bad mirror...jadilah cermin yang baik...wallahualam.

0 comments: