Saturday, February 27, 2010

Aduhai KK9 kusayang....



Ini lah Dewan Seri tanjung Kolej Tun Syed Zahiruddin, University Malaya or (KK9). Gambar ni aku ambil melalui tingkap bilik aku. Di bahagian bawah dewan ini dahulunya merupakan dewan makan serta dewan study dan tempat mengadakan pelbagai acara. manakala bahgian atas dewan terdapat gymnasium, bilik media, bilik mesyuarat, bilik penyelia kolej, court badminton dab SURAU. Namun selepas kolej kami tidak menyediakan makanan kepada penghuninya, dewan ini banyak kali disewa untuk majlis perkahwinan seperti yang diadakan pada hari ini.
Sekarang mereka yang berkenaan sibuk dengan persiapan menyambut festival kesenian yang bakan diadakan pada mac ini. jadi, bilik2 yang berdekatan dengan dewan ini dapat mendengar lagu atau muzik2 lain tanpa perlu membazir bateri laptop memasang lagu2 sendiri. Sound sistem dewan ini kukira adalah yang terbaik yang terdapat di UM.
Kita boleh mendengar muzik yang diputarkan dengan begitu jelas sekali. apatah lagi jika berada di dewan tersebut seperti ketika solat fardhu di surau.. apa yang dikesalkan, muzik yang diputarkan tidak mengira waktu kecuali waktu azan masih mengganggu jemaahn yang bersolat, berzikir atau membaca Al-quran. Ini amat menjengkelkan jika berlaku di waktu solat maghrib dan Isyak. Sepatutnya AJK event yang muslim harus peka( bukan memekakkan telinga) dengan keadaan ini. Mungkin jika sambutan perayaan untuk non-muslim, keadaan ini boleh dimaafkan lagi dengan alasan kejahilan mereka. yet, mereka yang hidup di negara majmuk ini harus sedar akan sikap toleransi dan memahami agama lain.Tambahan pula ini tidak seharusnya terjadi kepada para intelek mahasiswa Universiti Malaya yang gah ini.
Kadang-kadang aktiviti seperti kuliah yang hanya diadakan 2 kali seminggu atau sekali seminggu itu terpaksa 'bertolak ansur' dengan bunyi kuat yang menerjah masuk kedalam surau. Para ustaz dan imam terpaksa menguatka suara untuk melawan bunyi dari luar. padahal, mereka hanya melakukan majlis rehearsal untuk majlis yang akan diadakan 2 hari akan datang!sedangakn kuliah atau solat jemaah itu hanya mengambil masa satu jam(kuliah) dan 15 minit untuk solat jemaah.
Kadang-kadang, AJK balai Islam turut mengalami masalah untuk menggunakan dewan(sepatutnya available untuk pelajar tanpa syarat) kerana akan ditempah untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan sehari selapas majlis yang dirancang oleh Balai Islam. Aku pernah juga terfikir yang aku ini belajar di Malaysia atau di negara yang Islam is not a majority?

Thursday, February 25, 2010

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul



A must read by who are searching for love, in love, lost love or who have anything to do with love.
Selepas baca buku ni memang la terfikir yang aku tak akan jadi sepertinya sebab she was nurtured from a good family berbanding ngan aku. Tapi, apa salahnya kalau kita cuba untuk menjadi sepertinya. Tak salah kan?Kenapa takut untuk menjadi baik? Halangan?Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Ape2 pun BACA DULU BUKU NI AND THEN, LU PIKIR LA SENDIRI.

Wednesday, February 24, 2010

Pesta Ilmu Di UM sempena MauliduRasul....(^_^)



Inilah time aku paling suka bila berada di IPT...Kenapa..sebab setiap kali menyambut hari kebesaran Islam persatuan dan kolej akan berlumba-lumba mengadakan kuliah, ceramah, friendly talk and etc. this is great coz kepada pencinta@pemburu ilmu inilah masa yang paling dinantikan. Contohnya, sempena maulidurrasul kali ini terdapat 3 program besar yang diadakan seperti berikut;



Ada gak forum kat fakulti pendidikan.

Topic: Mahasisiwa Optimis
Panel: Amin Idris dan Professor Izzudin.
Venue: Auditorium Fakulti Pendidikan.
Tarikh:25 FEB 2010.

Akademi Pengajian Islam juga memberikan satu Forum pada tarikh yang sama iaitu 25/2/2010 ni. Ape yang menarik forum tersebut dihadiri oleh 3 panel berlainan agama. Aku tak ingat dia punya tajuk. tapi apa yang pasti something to do with interfaith discussion. Amat berguna kepada mereka yang masih tercari-cari pegangan hidup, Atheis, Agnostheist atau muslim yang ingin mengukuhkan lagi kefahaman terhadap Islam. oh ye.. forum ini diadakan di DEwan Utama Akademi pengajian Islam University of Malaya.

Maghi pakat ghmai2 g caghi ilmu sebab dengan ilmulah kita akan dapat mentadbir bumi sebagai khalifah Allah dengan baik. Ilmu juga membezakan kita dengan haiwan.Ilmu will help our mind working to think rationally as good muslim. Ayuh cari Ilmu.

Tuesday, February 23, 2010

The Arrival


Now I'm watching this documentary which is produced by The Wake Up project.It is a a good one and suggest all muslims should watch it.Here are some infos about the documentary :

The Wake Up Project is a website & a movement, created to give each of you the opportunity to make your voice heard. Together we can all influence positive and uniting change. Our team is lead by a group of talented and aspiring directors, media developers, animators, composers, internet moderators, and network and community leaders, committed to use their talents towards our constructive goals and objectives.


What is The Arrivals?
The Arrivals is a 7 hour documentary made by The Wake Up Project. This Series Explores the Revelations in World Religions Regarding the Arrivals of the Antichrist Dajjal, Imam Al-Mahdi, and The Second Coming of The Christ. A Work Inspired by Hashemsfilms and of Course the Words of the Noble Qur'an, The Holy Bible, and The Torah, The Arrivals is a Joint Production by truth seekers Noreagaaa and Achernahr.

Directors
Noreaga Productions
Achernahr Productions
Ripple Effect Productions
Hashemsfilms
Freedomtou Pictures
SolidSnake Productions
& More


Vision
To create powerful and meaningful films and multimedia projects, aimed at increasing positive change, social awareness and cross-cultural understanding. Their influence is to be positive, constructive, inspirational, and appealing to a global audience.

The Arrivals pt.01 (Proof from the Holy Quran)
The Arrivals pt.02 (Mind Control feat. George Carlin)
The Arrivals pt.03 (Children's Mind Control)
The Arrivals pt.04 (Proof of the Antichrist's arrival)
The Arrivals pt.05 (Architecture Energy)
The Arrivals pt.06 (The Battle for Human Energy)
The Arrivals pt.07 (Pharaohs of Today)
The Arrivals pt.08 (Shocking Evidence of the Pharaohs)
The Arrivals pt.09 (Hashemsfilms)
The Arrivals pt.10 (The New Worldly Order)
The Arrivals pt.11 (Musical Sorcery)
The Arrivals pt.12 (Light up the darkness)
The Arrivals pt.13 (Lady in Red)
The Arrivals pt.14 (Hollywood)
The Arrivals pt.15 (Hollywood and The Promised Land)
The Arrivals pt.16 (The Media Islam)
The Arrivals pt.17 (War on Terror)
The Arrivals pt.18 (The Hypocrisy of Democracy)
The Arrivals pt.19 (The UFO Phenomena)
The Arrivals pt.20 (The UFO Phenomena)
The Arrivals pt.21 (What Is Yet To Come)
The Arrivals pt.22 (Our Satanic Pop Culture)
The Arrivals pt.23 (Materialism and The Battle Within)
The Arrivals pt.24 (Freedom Unplugged)
The Arrivals pt.25 (The Antichrist Dajjal is Here)
The Arrivals pt.26 (The Antichrist Dajjal is Here)
The Arrivals pt.27 (Why Satanism is Practiced by Our Leaders)
The Arrivals pt.28 (Why Satanism is Practiced by Our Leaders)
The Arrivals pt.29 (The Truth About The Gods)
The Arrivals pt.30 (The Checkered Floor and The Gods) MP4
The Arrivals pt.31 (The Great Deception)MP4
The Arrivals pt.32 (The Most Valuable Truth) MP4
The Arrivals pt.33 (The Choice is Yours) MP4
The Arrivals pt.34 (The Infiltration of Religion)MP4
The Arrivals pt.35 (The Temple of Solomon)MP4
The Arrivals pt.36 (The Story of Jesus) MP4
The Arrivals pt.37 (The Sun God)MP4
The Arrivals pt.38 (The Story of Islam)MP4
The Arrivals pt.39 (The Prophet's Lineage) MP4
The Arrivals pt.40 (The Common Ground) MP4
The Arrivals pt.41 (The Bloodlines)
The Arrivals pt.42 (The Gatekeepers)
The Arrivals pt.43 (The Symbolism of 9-11)
The Arrivals pt.44 (The Significance of The Kaaba)
The Arrivals pt.45 (The Kaaba and the 9-11 Ritual)
The Arrivals pt.46 (The Complete Human)
The Arrivals pt.47 (The Free Human)
The Arrivals pt.48 (The Arrival of the Mahdi)
The Arrivals pt.49 (The Arrival of the Dajjal)
The Arrivals pt.50 (The Arrival of Jesus The Messiah)
The Arrivals pt.51 (Outro)

You also can watch the documentary by clicking here.

For more info on wake up project click here

Happy Watching(^_^)

Cari Jodoh bersama Abdullah Khairul Azzam



KCB 2 lebih membawa persoalan jodoh dan usaha seorang Abdullah Khairul Azzam mencari cintanya. Setelah kecewa dengan Anna Altafunnisa yang telah lebih dahulu dipinang oleh sahabat baik sendiri, Azzam berusaha mencari cinta hati atas saranan sang ibu tercinta. Namun begitu, setelah tamat pengajiannya di Cairo, beliau seperti mahasiswa yang lain juga menghadapi masalah pengangguran. Beliau yang lebih cenderung kepada bidang perniagaan memilih untuk membuka gerai bakso berbanding menjadi ustaz seperti kebanyakan mahasiswa lepasan cairo yang lain sehingga menjadi buah mulut di kalangan orang kampungnya. Namun, atas kesedaraan yang mana apa yang dilakukan tidak bersalahan dengan syara' beliau tetap meneruskan perniagaan baksonya. alhamdulillah, berkat pertolongan Allah serta pengalamannya berniaga tempe di cairo, perniagaannya berjalan lancar. Beliau juga masih menambah ilmu agama di pondok pengajian di sekitar kampungnya.
Setelah itu, merasakan dirinya telah mantap dari segi ilmu agama dan ekonomi beliau menyatakan keinginan untuk berumah tangga. Dengan bantuan ahli keluarga beliau merisik wanita solehah untuk dijadikan teman hidup. Disini penulis memaparkan peranan ahli keluarga sebagai orang tengah dalam membantu ahli keluarga yang lain dalam usaha mencari jodoh yang baik. Taaruf dijalankan bersama-sama kehadiran muhrim.
Walaupun terdapat klise dimana hero (Azzam) akhirnya bersama dengan heroin(Anna) namun as the story develop, there are no scenes where Azzam meet Anna although both were falling in love at their first sight. Masing2 tahu batasan agama dimana Anna berusaha untuk menjadi isteri yang solehah buat suaminya Furqan dan Azzam berusaha memperbaiki diri untuk menjadi suami yang soleh. Tiada lagi Azzam di hati Anna setelah diijabkabul dengan Furqan. Malah Azzam sendiri tidak lagi mengimpikan Anna buatnya setelah menghadiri walimah anna and Furqan. Cinta mereka tulus kerana Allah. Tiada incident kebetulan di dalam filem itu untuk Anna bertemu dengan Azzam semasa menjadi isteri Furqan walaupun Furqan tidak pernah memenuhi keperluan batin Anna sebagai seorang isteri.
Kesimpulannya, Filem ini boleh dijadikan model oleh pengarah2 berbakat Malaysia buat mencipta karya yang mantap dan bermutu. Ini kerana Malaysia masih ketinggalan dalam menghasilkan filem ISlamik bukan separa islamik seperti yang banyak dihasilkan sekarang. Nak contoh? Lu pikir la sendiri.

Melly Goeslow-Haramkah.(OST KCB)

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Ketika Cinta Bertasbih 1


Ini antara cerita cinta islamik terhangat hari ini di kalangan penggemar novel dan cinta islamik. Termasuk aku(?).hehehehe...tapi tidak dapat dinafikan filem KCB lebih menepati seperti yang digarap di dalam novelnya karya Habiburrahman el-Shirazi berbanding filem Ayat-Ayat Cinta yang aku rasa amat contrast seperti didalam novel karya penulis yang sama. Cerita dalam filem KCB diambil terus dari novelnya tanpa mengubah perwatakan watak serta tema cerita tersebut seperti yang berlaku kepada novel ayat-ayat cinta.
Bagiku, Filem KCB berjaya mengangkat martabat filem2 Melayu Islamik terutamanya di Malaysia yang telah jadi filem 'ntah ape2 ntah' itu. Filem ini memaparkan persoalan survival pelajar yang belajar di luar negara (timur tengah) dalam menempuh kehidupan seharian. Beliau (watak Khairul azzam) yang kematian ayah semasa beliau sedang menyambung pelajaran di timur tengah terpaksa mengambil alih tugas ayahnya dan sebagai anak sulung untuk menyara ibunya dan tiga orang adik perempuan yang masih belajar. Tuntutan hidup menyebabkan pelajar cemerlang itu terpaksa membahagikan masa antara pelajaran dan bekerja sampingan berjualan tempe di sana. Duit yang diperolehi dihantar ke kampung buat menyara keluarganya. Ini menyebabkan beliau terpaksa mengorbankan banyak masa terhadap pelajaran dan beliau terpaksa melengahkan unruk menyelesaikan pengajiannya di sana selama 9 tahun. namun, segala cabaran ditempuh penuh redha dan diterimanya sebagai satu cubaan penuh hikmah buat mematangkan hidupnya. Malah, beliau telah menolong pelajar lain untuk menambah wang saku dengan membantunya berjualan tempenya.
Besides, tema ukhuwah yang kukuh antara Azzam dan teman serumah begitu menyentuh hatiku. Azzam seringkali bertindak sebagai 'abang' kepada teman serumahnya yang lain. Beliau akan mencuba untuk membantu teman serumahnya sedaya-upayanya dengan wang, tenaga dan buah fikiran serta nasihat.
Watak Khairul Azzam juga digarap sebagai seorang yang kuat bekerja serta warak. walaupun beliau baik dengan majikannya(sort of la..), Elianor, namun beliau amat menjaga batas perhubungan antara mereka.
Apa yang menarik bagi saya adalah teguran tajam serta membina daripada Ustaz Mujir(If i'm not mistaken) yang menolak pinangannya terhadap anna altafunnisa. Alasan beliau adalah Azzam masih tidak menyelesaikan pengajiannya sedangkan Anna adalah seorang yang cerdas dan terpeljar. Ibu bapa mana akan melepaskan anak gadis kepada orang sepertinya. Walaupun kedengaran agak kejam, namun ia menyedarkan Azzam akan tugasnya yang sebenar di situ sebagai seorang pelajar. Cinta sendiri tidak boleh menjadi sandaran untuk sebuah perkahwinan yyang bahagia. Satu pengajaran berguna untuk pelajar yang sedang gelisah ingin berumah tangga tetapi ibu bapa tidak mengizinkan. Our parents know us better. bersabarlah. Selesaikan satu persatu pekerjaan yang sedang kau lakukan sebelum mencari pekerjaan lain yang pastinya amat berat untuk kau tanggung sekaligus. Know yourselves. Orang Melayu kata 'ukur baju di badan sendiri'.

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


MAghi pakat g dengor blake


Salam..
Antara penceramah yang agak 'glamer' di kalangan penduduk Terengganu, especially Kuala Terengganu adalah Ustaz Azhar Idrus. Alhamdulillah...kuliah2 beliau banyak memberi manfaat dan begitu lively dengan lawak sinis sepanjang kuliah. Tapi, ustaz tidak terlalu terbawa-bawa dengan humor yang meleret-leret dan melalaikan. Walaupun kadang-kadang bahasa yang digunakan kedengaran agak kasar dipendengaran tapi hanya perkataan itu lah yang setepatnya untuk mengambarkannya. Tapi tak sangka pulak beliau suka amik gambar.

Kuliah beliau menyentuh soal akidah, fekah, tokoh, Munakahat, isu semasa dan sebagainya. Here are some of his 'kuliah' on youtube. Feel free to download them yourselves.(^_^). Ustaz Azhar Idrus on youtube.click here

Sunday, February 21, 2010


Salam..
Alhamdulillah cuti sem baru2 ni aku berjaya mengkhatamkan novel tetralogi andrea hirata. Best bangat....10 stars(^_^).
Ceritanya sarat dengan pengajaran beserta dengan humur yang aku kira 'terpelajar' buat aku gelak tergolek2.Dia juga berjaya melelehkan air mata ku bila dia mengisahkan tentang pengorbanan seorang bernama ayah berkorban demi melihat anaknya berjaya. Kesabaran seorang ayah pendiam yang hanya tahu membaca jawi sanggup mengayuh basikal berpuluh2 kilometer demi hanya untuk melihat anak menerima anugerah di dalam tingkatan. Usaha itu adalah untuk memberi sokongan moral buat si anak. Seorang ayah yg begitu pendiam hingga boleh dikira patah2 yg keluar dari mulutnya berjaya mendidik seorang anak. banyak kasih sayang yang tumpah hanyalah melalui kerut muka, sinar wajah dan senyum tulus sang ayah.

Novel beliau juga suatu karya yang ilmiah. Setiap perkara yang disentuh sepanjang cerita digarap penuh ilmu walaupun terdapat unsur kecindan serta ironi yang menikam. Kegeniusan watak Lintang si Newton dan Mahar yg 'gila' seni diceritakan dengan baik sehinggakan aku merasakan si cilik adi putra dan sofea itu tidak la genius mana jika hendak dibandingkan dengan si Lintang yg tidak pernah melihat pencil sebelum datang ke sekolah dan perlu melalui denai lepak sang bedal terlebih dahulu sebelum sampai di pintu gerbang sekolah uzur mahmudiyah.

aku suka dengan tema setiap novel seperti dalam sang pemimpi si arai setia dengan kata2nya....'orang seperti kita jika tidak bermimpi akan mati,kal'..begitula yg kuingat. Teruja dengan sikap positif arai terhadap hidup dan cinta. Simpai keramat itu adalah anak yatim piatu yang dipelihara oleh keluarga si Ikal (andrea hirata) sangat optimis dengan hidup dan sangat yakin dengan apa yang dibuatnya. Dia penuh dengan kejutan yang kadang kala tidak masuk akal serta sangat mengenang budi orangnya. Membaca nvl sang pemimpi berkenaan arai si simpai keramat itu membuatkan aku ingin bertemunya.hehehe..poyo...moga dia bahagia dengan si cantik nurmala..buah hatinya itu..

Lastly, malas nak story panjang lebar ttg novel2 ni...korang kena baca. tapi..kalo korang seorang peminat novel2 alaf21 seperti aisya sofea, nor suraya, hlovate, norhayati berahim and etc..aku rasa korang tak kan enjoy baca novel2 ni. Tapi kalo korang suka cabaran boleh la cuba.Ade berani..hehehe...Satu lagi, korang tak boleh baca novel2 kalo korang tergesa2 nak habiskan.KEna baca dengan keadaan tenang dan hayati setiap cerita yang disampaikan. Korang pasti tak menyesalnye la.
Korang suka tentang isu politik semasa?sejarah kaum?unsur mistik?mengembara?cinta?persahabatan?kalo korang suka..jom baca buku ni..