Alhamdulillah, malam kami bersekempatan berusrah bersama-sama dengan seorang anggota PMIUM/ahli IIS/bakal ustazah dan bakal daie yang Berjaya, insya allah. Banyak input yang dapat kami kongsi selama hamper 2 jam di surau al-ikhwan kolej kediaman tun syed zahiruddin. Walaupun dengan umur yang lagi muda dari kami tetapi ilmu yang beliau ada membuatkami merasa amat kerdil. Antara isu yang dibincangkan berkaitan dengan keyakinan @akidah kita sebagai umat Islam, masalah social semasa dan antara persoalan yang biasa di Tanya oleh umat islam yang masih ragu-ragu dengan Islam seperti persoalan aurat, arak, babi, arah kiblat dan poligami. Subhanallah, pendekatan yang beliau bawakan untuk mendekati golongan demikian amat praktikal dan menarik. Bak kata kawanku ‘pendekatan yang tidak threatening tetapi masih membuatkan kami berfikir dan memuhasabah diri masing-masing’. Wlaupun dengan keadaan perut aku yang penuh angin kerana tak makan malam lagi, aku terpana memikirkan apalah yang diri ini lakukan untuk diri sendiri dan orang lain. Memetik kata-kata akhir beliau, ‘setiap orang dinilai berbeza di sisi Alllah.’ Which means, bagi mereka yang sentiasa berada di zon selesa seperti selalu mendapat kemudahan bergaul denga orang baik@alim, persekitaran yang tidak terdedah dengan banyak masalah social, easy access dengan sumber ilmiah dan agama serta dilahirkan dalam keluarga yang islamik, graph imannya perlulah sentiasa tinggi di sisi Allah untuk melayakka dia menuju syurga Allah. Berbanding dengan mereka yang sinar Islam begitu malap sampai padanya, dimana dia perlu bersaing dengan persekitaran yang tidak membantunya mendalami Islam dan sebagainya. Namun, still iman dan takwa hanya Allah lah yang layak menilainya. Apa pun “ Demi Masa, sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dalam kesabaran.’(Al-Asr 1-3). Thanks A lot Ruzana Izyan, Aisyah jameilah, Nazifah> May Allah Bless you all. Amen.
Friday, March 12, 2010
Usrah
Posted by Musafir at 6:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment