Hedonisme?Gejala ini telah berakar umbi sejak zaman socrates lagi dan dipelopori oleh seorang manusia bernama Aristipus (433-355 B.C), salah seorang murid Socrates. Fahaman ini terus menular dan berjaya di bawa oleh barat ke dalam dunia Islam iaitu selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah di turki.
Prinsip Hedonisme pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk. Kalau kita lihat sekarang gejala ini telah berleluasa di Malaysia sendiri. Ia bermula dengan gejala 'Black Metal' yang amat popular di kalangan remaja pada 2006. Diikuti dengan gejala seksualiti seperti bohsia, rogol, zina dan buang anak. Dengan perkembangan media dan ICT dunia hiburan mengambil alih menyumbang kepada pertambahan hedonisme dalam masyarakat contohnya rancangan realiti, konsert dan sebagainya. Jika diteliti secara halus, gejala-gejala yang disebut diatas sangat berkait rapat. Jika dibuat satu kronologi pendek ia berbunyi lebih kurang begini la:
Bottle(bukan nama sebenar) seorang pemuda yang baru meningkat remaja dan sedang terumbang ambing mencari arah hidup. Atas desakan kawan-kawan dan ketidakupayaan berfikir secara waras, dia telah mengikut kawan-kawannya berpeleseran di pusat-pusat membeli-belah, tembok, tepi jalan dan sebagainya. Bottle banyak menghabiskan masanya dengan lepak dan cuba-cuba bermain gitar dan menyanyi di atas tembok dan rumah kawannya kononnya atas nama seni. Dia juga mempunyai ramai kenalan dikalangan kawan-kawan perempuan yang lebih suka memilih baju adik mereka untuk dipakai dan dipertontonkan. Bottle senang sekali dengan 'pemandangan' itu dan telah tertarik dengan seorang gadis bernama Wind (bukan nama sebenar. hubungan intimnya dengan Wind bukan lagi satu rahsia, malah tanpa segan silu mereka bercium dan berpelukan dikhalayak ramai. Kata Wind, itulah sokongan kepada Bottle untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang pemuzik. Bottle akhirnya terpilih dalam sebuah rancangan realiti TV. Sepanjang tempoh rancangan tersebut, Wind lah terjerit, terpekik terlolong memberi semangat kepada Bottle untuk terus menyanyi dan menang. akhirnya Bottle berjaya menggondol tempat kedua dan sebagai hadiah untuk Bottle, Wind dengan rela hati menyerahkan 'mahkota' wanitanya kepada Bottle. Cinta sejati, kata Wind.
Namun, selepas Bottle telah popular, Wind dilupai dan Wind pula telah mengandungkan seorang bayi. manakala Bottle semakin lama semakin menjauhi Wind membuatkan Wind amat tertekan dan mengambil keputusan untuk menggurkan kandungannya.Namun tidak berjaya. bayim malang itu selamat dilahirkan. Atas rasa malu dan marah kepada Bottle yang lupa diri, Wind telah membuang bayi tersebut dengan meletakkan bayi malang itu di tempat pelupusan sampah. Keesokkan harinya, muka depan harian Metro 'Bayi dijumpai mati di dalam tong sampah'. bagaimana dengan Bottle?Dia hidup dalam dunia penuh glamour dan banyak melakukan persembahan di konsert dan IPT. Ramai sungguh peminatnya dan di juga 'berjaya' meletakkan beberapa orang gadis yang 'bodoh' uuntuk mengalami nasib yang sama seperti Wind. Kebanyakannya adalah gadis-gadis sekolah dan IPT.
Terima kasih kepada rancangan realiti yang menjadikan seorang Bottle dan akan terus berusaha dengan keras lagi untuk menghasilkan lebih banyak Bottle. Segala-segalanya bermula dengan keseronokan orang seperti Bottle dan wind tersungkur di lembah kehinaan. Jadi, apa kaitan dengan kolej kediaman 9?Mai nak habaq...
Bulan ini sudah dua minggu berturut-turut golongan seperti ini(harap-harap tak sampai la tahap ni) berkampung di dewan tun syed zahiruddin bermain muzik. Minggu lepas, punya la seronok diorang duk ketuk drum, tetiba letrik tak ade.Mulanya ingatkan sampai petang je, rupanya black out ni bersambung sehingga malam. Rupanya Band2 tersebut menyebabkan letrik tak ade kerana alat2 muzik tersebut consume banyak letrik. Aduh la...nak marah pun ada. Tapi yang paling ajaibnya, malam tu tengah-tengah tak ada letrik diorang boleh jugak bersorak, menjerit dan menyambung persembahan mereka. Tak tau la nak cakap ape. Yang paling kuat bersorak yang kudengar adalah dari para puak perempuan. Inikah gaya seorang pelajar dan sifat seorang gadis. Aku pula la yang tumpang malu kepada pak cik dan makcik yang datang untuk melawat anak-anak mereka di kolej hari tu.
Hari ini pula ada Battle of the Band, anjuran bersama Digi dan mytv3. Pelajar terus disogok dengan hiburan yang sedikit pun tidaj aku nampah faedah dan kebaikannya. Denga bunyi yang mampu menggegarkan sura kt atas dewan tu dan mampu memekakkan telinga seorang bayi. Bayangkan macam mana kami ingin menyiapkan assignment yang bertimbun? Yang paling penting waktu tidur tengah hari kami juga terganggu. Itu memang tak boleh dimaafkan!
Aku hairan sebenarnya kenapa banyak sangat konsert yang dianjurkan oleh KK9 tahun ni.Adakah untuk meraikan kemenangan Aspirasi menggulingkan Pro-M pada PRK lalu? Meriah tol kalo gitu.Memang langsung tidak mencerminkan budaya seorang pelajar langsung. Tetapi aku tetap salahkan pentadbiran jugak sebab kalau pentadbiran tak benarkan konsert ni tak kan dapat diadakan. Sekarang cuba bandingkan situasi ini:
1. Waktu pertandingan Tilawah Al-Quran baru-baru ni, Speaker kat luar langsung tak di 'on'kan Which means kalo duk dalam bilik memang tak dengar langsung la. Tapi bila ada konsert, semua speaker kat luar, dlam,tepi dan belakang di 'on'kan.
2. Dulu, ada ura-ura azan tidak boleh dilaungkan menggunakan speaker luar kononnya mengganggu penganut agama lain.Astagfirullah...Tapi, waktu konsert yang diadakan dari pagi hingga malam dengan bunyi yang mampu menghalau segala species monyet yang ada kt KK9 ni, mengganggu pelajar bukan sahaja muslim tapi non-muslim as well.diorang buat tak kisah pun...
3. Pentadbiran kolej tidak membenarkan menjemput penceramah dari luar(seain UM) untuk memberi kuliah atau ceramah di surau. Tetapi, artist2 luar seringkali dijemput dalam konsert2 dan majlis2 makan malam.
Lihatlah...begitu hebat kesan sekular ke atas umat Islam (para pentadbir di KK9 99.99% adalah muslim). Sekularisasi ni jugalah melahirkan budaya hedonisme yang sedang mengancam remaja dan pelajar IPT, khususnya.
Saturday, March 13, 2010
Battle of the Band KK9 Vs Hedonisme:Minda Rakyat kelas ketiga
Posted by Musafir at 10:54 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment