1. Ini dari Mereka yang seperti KamuTajuk - Langkah Untuk Mengurangkan Gejala Hedonism
Pernyataan Masalah - Bagaimanakah langkah untuk mengurangkan gejala hedonism?
Hipotesis - Apabila langkah penyelesaian dikenalpasti lalu segera diaplikasikan InsyaAllah gejala hedonism akan dikurangkan sedikit demi sedikit.
Hedonism --> terlalu obses dengan hiburan. Hiburan pulak ada pelbagai jenis.
Contoh hiburan menurut pemahaman diriku
1-Pergi ke konsert , gig
2-Berkelah di tepi pantai, bercuti di Sunway lagoon, Disney Land
3-Jalan-jalan gi shopping, tengok wayang
4-Baca komik Doraemon dan majalah Mangga
5-Bermain Playstation 3
semua tu saya assume sebagai hiburan
Prosedur
1- Kenalpasti segala punca kenapa gejala hedonism ni wujud.
Punca utama
- kelemahan diri mengawal bisikan syaitan dan hawa nafsu, as we know syaitan musuh utama kita.
Punca lain (mengikut contoh hiburan diatas)
- 1 - Artis penyanyi bijak menggubah irama muzik yang sedap hingga melalaikan dan juga mungkin mengelirukan manusia hingga manusia tak seberapa nak sedar yang kadang-kadang diri mereka gagal mengawal kehendak untuk sanggup berasak-asak ke satu konsert artis popular.
- 2- suasana yang amat menarik di taman tema yang canggih dan mampu memikat hati pengunjung. Ditambah pula dengan ‘manusia-manusia seksi’ yang ada didalamnya pasti memudahkan manusia tertarik untuk kesana.
- 3- shopping, wayang tu sume memang bes.. tapi jangan sampai bila dah happy sangat.. gembira sangat sampai terlupa hal-hal lain yang mungkin kita tak jangka contoh seperti ini
- 4- Majalah hiburan macam Mangga/URTV tu dah la tayang ‘macam-macam’, tapi beli jugak kenapa? Sanggup habiskan duit. Pihak penerbit majalah macam ni pandai, mereka tulis isu-isu panas, gambar-gambar ‘hot’. Mereka tau tu la kelemahan manusia macam kita!
- 5- Nah, ni terkena gak kat aku. Main game.. sanggup beli mahal2 pastu main sampai tak ingat dunia. Puncanya game tu bes sangat. Dengan grafiknya yang gempak. CS, boleh tembak sana, tembak sini. Wah.. Boleh buat kita seolah2 berada di dunia lain!! Di alam fantasi yang mengkagumkan!
2- Bila punca dah dikenalpasti, sekarang bolehla kita cuba bagi ‘amaran’ kat punca-punca tu. Maybe kita boleh terjemahkan ‘amaran’ tersebut kepada bentuk ‘langkah-langkah yang boleh diambil’. Ok. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan gelaja hedonism ialah:
Eh sebelum tu kena jelas dulu langkah2 tu nak nampak hasil cepat atau satu tempoh masa yang lama? Saya lebih suka pendekatan yang memikirkan hasil jangka masa panjang. Slow-slow tapi konsisten. Hingga sampai satu masa hasilnya nampak lebih terjamin.
Langkah-langkah tersebut mengikut pandangan saya ialah:-
1) Didik hati masing-masing
-seperti kita tahu, setiap perbuatan kita sehari-harian sebahagian besarnya dipengaruhi oleh hati. Kadang-kadang hati lebih kuat mengawal kita dari akal yang mengawal kita. Iman? lagi mudah ditewaskan. Dalam point ni, faham-fahamlah apa yang perlu dilakukan ek.
2) Jadilah seorang yang menasihati dan membimbing, bukan hanya dinasihati dan dibimbing.
- Setiap orang perlu jadi seperti ini. Lebih-lebih lagi ibu bapa. Mereka sepatutnya memberikan didikan, bmbingan yang terbaik untuk anak mereka. Sama juga bila menjadi kawan kepada seorang kawan. Cuba jadi yang lebih baik dari yang dikawan. Dengan cara itu, walau kita tak mampu untuk menasihati dengan mulut kita sebenarnya telah menasihati secara contoh tauladan, dakwah bil hal. Jangan biarkan diri mudah dipengaruhi tapi jadilah seorang yang mampu mempengaruhi. Pengaruh dengan amalan kebaikan.
3) Jadilah bijak membezakan antara hiburan yang menjurus kepada kelalaian/kemaksiatan dan hiburan yang sekadar membuat kita tenang, dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama keluarga dan sebagainya.
- Untuk menjadi bijak, paling penting betulkan niat sewaktu tersedar yang diri dalam keadaan ‘happy’ tu. Ingat, apa tujuan anda waktu tu. Limitkan sampai tu je. InsyaAllah anda akan masih berada dalam zon selamat.
ok. Yang tu langkah-langkah yang pada saya lebih berkesan walau ia nampak ‘blurr’ sikit pada sesetengah orang. Takpe la, lain orang lain perspektif dalam pendekatannya to face the problem. Tapi, xpe saya nak juga bg pendapat (langkah-langkah menangani gejala hedonism) kali ini untuk yangg mungkin dilihat lebih ‘realistik’ dalam menghadapi permasalahan ni. pendapat saya ialah:-
1) Apa kata kerajaan cuba kawal program tv yang berbentuk hiburan 100%. Limitkan hiburan untuk berapa jam, ilmiah berapa jam, isu semasa berapa jam, dan yang paling penting keagamaan berapa jam? Lakukan sedikit rombakan evolusi dengan jelas dan tegas!
2) Kadang-kadang, kalau nak paksa orang katakan 'tak nak' pada benda-benda hiburan ni tanpa tawarkan sesuatu yang lain untuk mereka juga kelihatan mustahil, kurang realistik dan kurang berkesan. Ok. Apa kata mana-mana stesen tv mengadakan satu program kemasyarakatan yang betul-betul mempamerkan nilai-nilai keIslaman didalamnya. Yang pasti bukan hiburan yang diutamakan. Hebohkan kat tv tentang program tu. Bersungguh-sungguh. InsyaAllah pasti akan ‘tergerak’ sesuatu nanti.
3) Selama ni kat malaysia memang ada dah filem berkaitan keIslaman. Contoh macam filem Syurga Cinta. Tapi tu belum cukup mantop lagi. Masih ada adegan-adegan yang tak sepatutnya dipaparkan walau filem itu keseluruhannya mengandungi mesej yang berguna. Harap adalah nanti filem yang maybe 100 @ 99% mempamerkan nilai-nilai keIslaman bukan saja semata-mata dalam mesejnya, namun keseluruhannya jalan cerita dari setiap aspek. Kita tahu impak filem ni memang mampu memberikan pengaruh yang besar pada manusia abad ke 21 sekarang ni.
4) Untuk taman tema tu ( fokus kat malaysia), tak mengapalah la kalau susah sangat nak suruh/wajibkan secara direct supaya ‘orang tak tutup aurat xleh masuk!’, apa kata 1st step kerajaan cubalah ‘merayu’ pihak taman tema tu supaya memaparkan tulisan ‘Allah melihat apa yang kamu kerjakan’ pada kain rentang dan diletakkan satu di pintu masuk taman tema tersebut. Wajibkan. Susah sangat ke? Negara kita ni diperintah oleh orang Islam dan rakyat majoriti juga Islam bukan?
5) Jangan selalu gunakan konsep ‘berhibur sambil menderma’. Bimbang ia boleh mengelirukan manusia dalam satu tempoh masa panjang. Takut-takut nanti niat sendiri pun dah tak jelas. Bila itu terjadi, seolah-olah kita memanjakan hati pulak. Yela, bila derma tu dalam masa yang sama harapkan benda lain.
Kesimpulan
Sekian untuk kali ni. Berhibur tu boleh, tapi ada hadnya, ada limitnya, dan mestilah berpada-pada. Nak tengok wayang tu boleh tapi mestilah disesuaikan dengan cara yang betul, pergi dengan siapa, bila, cerita yang macam mana dan sebagainya. Sama jugak macam jenis-jenis hiburan yang dalam bentuk lain. Mesti bijak menilai dalam setiap aspek, ok? Barulah hidup lebih bermakna, InsyaAllah..
I love islam.
2. Dari mereka yang Sayang kamu
Saya jelek melihat warga kota di KL menyibukkan diri dengan Krismas. Wajah cekodok pisang bertopi Santa. Mata kecil Timur ber’ho ho ho’ di pasar-pasar raya. Apa yang diimport ke masyarakat kita sempena Krismas, bukanlah kesedaran untuk menghayati agama, tetapi kemiskinan jati diri warga kita yang terlalu kemaruk untuk menjadi Barat.
Apabila menonton NTV7 dan 8TV, saya semakin jelek dengan gelagat ‘orang-orang urban‘ yang terdesak untuk menjadi Barat. Desperado!
Inilah hasil didikan Barat, seperti yang dimahukan oleh Thomas Babington Macaulay, pegawai pendidikan British yang merangka sistem pendidikan untuk negara-negara jajahan seperti India. Apa yang beliau mahukan ialah “Indian in blood and colour, with English in taste“.
Di Malaysia, kita ada ramai Melayu yang berdarah dan warna Melayu, Cina yang berdarah cina dan warna Cina, serta India yang berdarah India dan berwarna India, tetapi mempunyai selera pemikiran dan perasaan Barat. Golongan ini, sama ada yang mem’perang’kan rambut atau tidak, tidak pernah diterima sebagai Barat oleh Barat. Hanya mereka sahaja yang tergila-gilakan Barat. Membodohkan diri seolah-olah malu dirujuk sebagai Timur, sebagai Islam.
Malah saya fikir, keghairahan orang Malaysia hari ini untuk meninggalkan Islam dan beralih kepada agama Kristian, bukanlah kerana yakin dan penuh iman kepada syariat Bible. Tetapi gejala murtad yang berlaku adalah berpunca daripada usaha melepaskan diri dari ikatan agama, agar tidak dihukum dosa ketika menjamah arak dan zina. Mengapa? Kerana agama Kristian didakyahkan sebagai agama accomodative yang menawarkan pengampunan, yang memberikan ‘harapan’, sedangkan pelaku dosa itu, misalnya penzina, di mata Islam, adalah sasaran lontaran rejam batu dan sebatan.
Pada saya, gejala murtad dan pesta Krismas, adalah rentetan pseudo-religion dan bukannya agama sebenar. Gejala Muslim murtad adalah gelombang pemergian kelompok ini kepada pseudo-religion. Ia tidak meninggikan syiar Kristian, tetapi hanya alasan untuk bebas dari agama dan Tuhan.
Malaysia dan perangainya melahirkan hamba hiburan dan pesta. Orang-orangnya mahu memalsukan semua agama dari soal iman dan pencarian terhadap hakikat kebenaran, kepada adat resam dan budaya semata-mata, adat resam yang tiada kena mengena dengan Timur, tiada kena mengena dengan Islam.
Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya. Para sahabat bertanya: Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani? Rasulullah lantas menjawab, siapa lagi kalau tidak mereka itu. [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Laporan akhbar METRO Ramadhan 1429 ini, mencapai kemuncak apabila anak Muslim berbangsa Melayu, berpuasa dan berbuka puasa dengan arak! [Laporan 1] [Laporan 2]
Inilah beban derita, berfikir tentang agama manusia di akhir zaman.
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Saifulislam.com
Sape2 ada idea lagi?
Sunday, March 14, 2010
Hedonisme:Pencegahan...anyone?
Posted by Musafir at 2:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment