Elok je nak habis praktikum last year, laptopku telah sakt tenat. masa tu laptop ku dipinjamkan kepada adikku yang berada di UiTM, Jalan Osman. sakitnya itu telah menyebabkan laptopku menemui ajalnya sebab aku tak sanggup untuk menukarkan 'jantungnya' sebab life warranty nya telah tamat. jadi aku telah mengambil keputusan untuk melepaskannya pergi dengan harga RM2oo je.. kesian adikku. Walaubagaimanapun, aku telah menggantikannya dengan sebijik laptop baru hasil perkongsian 'pintar' aku dan adikku itu. Setelah memberi sedikit amanat tentang penjagaannya serta menanmbah jangka hayat laptop tersebut selama 3 tahun, laptop itu dengan rasminya menjadi kepunyaannya. it's ok sebab 3 month after that, aku bercuti.
walaubagaimanapun, masalah timbul bila aku memulai sem baru. ditambah pula dengan sebject ICT yang memerlukan aku menggunakan laptop ku sendiri. tak sanggup rasanya nak mengacau masa penggunaan laptop teman2 ku. Anyway, temanku pun banyak membantu.
Akhirnya, setelah memikir dan merenung aku mengambil keputusan untuk membeli sebijik laptop walaupun elaunku belum lagi menjengah akaunku. ini bermakna aku terpaksa menggunakan khidmat 'angah' untuk membantuku. aku tak sanggup meminta tolong 'along' kerana aku amat keanl dengan perangainya yang suka menindasku. Alhamdulillah, 'angah' sedia membantuku. malahan, dia yang menawarkan diri untuk membantuku.. terima kasih banyak2 'angah'.
Sekali lagi aku terpaksa menggunakan khidmat kawanku, Fikri untuk membeli laptop berkenaan. Dengan kepakaran yang dimiliki oleg Fikri, aku amat yakin sekali. Lastly, dengan berbekal duit RM1700, Fikri telaah selamat membeliku laptop berkenaan. Alhamdulillah, dengan bantuan Kamarul, laptopku akhirnya sedia untuk berkhidmat.
Terima kaish yang tak terhingga ingin ku ucapkan kepada kawan-kawan termasuk 'angah' yang membantuku. tak lupa juga kepada azirah atas khidmat nasihat yang diberikan. Allah je dapat balas jasa baik korang.
1 comments:
Jaga elok-elok :D
Ni sem berapa? Akak dah seminggu kerja. Hua3..oklah juga walaupun terasa mengantuknyee tiap2 hari. lepas ni ok sikit kot
Post a Comment