Friday, January 8, 2010

Ping Pong


Aku mula main ping pong masa sekolah menengah. Masa itu, senior dan juga dormmate aku mengajak aku untuk join team ping pong asrama sebab mereka tak cukup orang. So, aku dan adik aku(kami satu sekolah) pun join la. Kami memang tak tau langsung main ping pong masa tu. Main pukul je bola kecil tu. Senior aku (kak Farah) pun start la jadi jurulatih tak rasmi kami. Lama2 reti sikit la main. tak la pukul bola macam main badminton da.hehehehe.Adik aku lagi cekap sikit la dari aku. Kalau bab kemahiran ni aku lambat sikit.


Lepas sekolah menengah, aku tak la main sangat. Cuma pernah la satu hari, sepupu aku buat meja ping pong kat rumah atuk kami. Meja ping pong yang dibuat daripada papan plywood je. Kira boleh main la. Dulu diorang pernah buat bet ping pong sendiri..cantik..tapi sekarang beli je kat kedai. So, aku main juga la ngan sepupu aku ni. Sepupu aku ni lelaki. Jadi, dia main suka hati dia je. Aku minta dia ajar aku. Memang dia ajar aku cukup2 la. Kena tahan mental dan fizikal la. Most of the time aku kena main ikut rentak dia .So, aku terpaksa jad pandai main dengan cepat. And i think it's helped me a lot...


Selalunya permainan apa2 kat rumah aku bermusim. Bila da tak ada sape nak main, meja ping pong tu pun hancur dengan sendirinya.


After some years aku main balik. Masa tu kat IPIK. Aku lupa camne aku boleh masuk. Kat sana aku ada jurulatih rasmi. Mama Elanor, lecturer PJ. Tapi, aku ni seorang yang tak cukup slf-esteem and mudah nervous jadi aku main pun biasa2 je. Time match pula, aku nervous cam giler..huhuhu. Sampai kawan aku pun perasan akan kenervousan aku tu..buat malu je.huhuhu.




Skarang, selepas hampir 4 tahun, seorang junior ajak aku join team ping pong kolej lak. itu pun sebab ada seorang player tarik diri..aduh..malasnya. tapi sebab dia merayu dengan muka seposen, aku pun terima la. So, kami pun mula la berlatih...No hope...but, harapnya aku tak nervous la.

0 comments: