Monday, November 29, 2010

Aku benci lelaki yang..
yang hanya tahu bermodalkan rupa dan kata,
menjerat gadis-gadis..
dan pula kau benci gadis-gadis bodoh...
yang mudah terpedaya dengan lelaki-lelaki seperti ini,

Tahukah engkau bahawa,
lelaki-lelaki ini berotak kosong,
sebab itu kata-katanya tak punya erti,
IQnya rendah,
sebab itu dia hanya tahu memikat kamu,
EQnya juga hampir nil,
sebab hanya itu yang dia tahu,
SQnya usah cerita,
sebab itu dia tidak peduli akan maruah wanita,
Lalu,
apa kau harap dari lelaki seperti ini?
JIJIK!

Wahai gadis-gadis,
tahukah engkau mengapakah kau kukatakan bodoh?
bukan taraf akademik ukuranku,
jauh sekali harta menimbun,
bahkan rupa tidak kupedul,
kau bodoh kerna,
kau biarkan dirimu mudah tergoda oleh lelaki di atas,
kau jaja maruahmu lewat SMS kosong lelaki di atas,
kau rendahkan martabatmu dengan menerima pelawaan keluar lelaki di atas,
kau hinakan dirimu menampakkan kecantikkan dan auratmu demi lelaki di atas.
MEMALUKAN!
Lalu,
dimanakah kau letakkan taraf dirimu wahai gadis-gadis?

Duhai lelaki-lelaki dan gadis-gadis,
sesempit itukah dunia dan fikiranmu?