Wednesday, December 15, 2010

Great pick,great gift..



Tajuk:Negeri 5 menara
Penulis:A.Fuadi
Terbitan PTS
Harga:RM20.00

Great pick,great gift from my dear friend,Azliza Ramlee. In fact, i think i like this author's way of creativity through his novel although i still have half of the book to be read.
Cakap banyak pun tak guna tapi i do agree with Puan Nisah Haron,sasterawan. she said,' Usah bandingkan dengan novel ayat2 cinta atau laskar pelangi, negeri 5 menara unik dan berada dalam kelas tersendiri.wajib dibaca guru,bakal guru,pelajar dan mereka yang terlibat di dalam bidang pendidikan. mengajar dan belajar harus ikhlas.menginsafkan!'

I think A.Fuadi will be my next fav after kang abik and Andrea Hirata
So, nothing to lose if you get and grab this in any bookstore available..hehehe

Man Jadda wa jada...
This is the 'theme' for this novel and it somehow keeps echoing in my mind.so,i hope it will influence me and my life too..=)

Monday, November 29, 2010

Aku benci lelaki yang..
yang hanya tahu bermodalkan rupa dan kata,
menjerat gadis-gadis..
dan pula kau benci gadis-gadis bodoh...
yang mudah terpedaya dengan lelaki-lelaki seperti ini,

Tahukah engkau bahawa,
lelaki-lelaki ini berotak kosong,
sebab itu kata-katanya tak punya erti,
IQnya rendah,
sebab itu dia hanya tahu memikat kamu,
EQnya juga hampir nil,
sebab hanya itu yang dia tahu,
SQnya usah cerita,
sebab itu dia tidak peduli akan maruah wanita,
Lalu,
apa kau harap dari lelaki seperti ini?
JIJIK!

Wahai gadis-gadis,
tahukah engkau mengapakah kau kukatakan bodoh?
bukan taraf akademik ukuranku,
jauh sekali harta menimbun,
bahkan rupa tidak kupedul,
kau bodoh kerna,
kau biarkan dirimu mudah tergoda oleh lelaki di atas,
kau jaja maruahmu lewat SMS kosong lelaki di atas,
kau rendahkan martabatmu dengan menerima pelawaan keluar lelaki di atas,
kau hinakan dirimu menampakkan kecantikkan dan auratmu demi lelaki di atas.
MEMALUKAN!
Lalu,
dimanakah kau letakkan taraf dirimu wahai gadis-gadis?

Duhai lelaki-lelaki dan gadis-gadis,
sesempit itukah dunia dan fikiranmu?

Sunday, November 28, 2010

Duhai adikku,
Cinta itu bukan mudah,
Cinta itu bukan mainan,
Cinta itu bukan omongan kosong,

Duhai adindaku,
Cinta itu bukan mudah,
Kalau hanya bermodalkan rupa yang rupawan,
Kelak rupa dimamah usia,
Lalu,
Habis madu sepah tiada guna lagi,

Duhai kesayangan kekanda,
Cinta itu bukan mainan,
Kalau membuat cinta sekadar hobi,
Silih bergantian bermain cinta,
Bila hati telah bosan,
Kelak nanti syurga cinta bertukar neraka jahananm,
Nauzubillah..

Duhai adik,
Cinta itu bukan omongan kosong,
Kalau cinta bisa diukur,
Apakah kata-kata manis lewat SMS jadi penentu?
Kerna bisa saja orang hanya menanam tebu dibibir,
Boleh jadi hatinya hitam zulmat penuh rencana syaitan,
Mungkin saja akalnya kotor mengutukmu perempuan murahan.

Ketahuilah kekandamu ini bukan penganut fahaman anti-lelaki,
Bukan menghalangmu merasai manisnya cinta,
Namun cinta yang manis itu seharusnya suci,
Dan cinta yang suci harus dimulai dengan kesucian,

Duhai adinda kesayangan hamba,
Mengertilah bahawa cinta itu tidak mudah,
Cinta suci perlukan ilmu,iman dan takwa,
Galilah ilmu itu di setiap penjuru alam,
Moga engkau tidak tertipu,
Bajailah imanmu disetiap sujud dan erti kalamullah,
Agar engkau sentiasa ditunjuki jalan yang lurus,
Buat bekal pelayaran,
Semailah ketakwaan dalam-dalam di hatimu,
Moga cinta itu adalah dari Allah dan kerna Allah,
Dan jika engkau mengerti,
Di situlah terletak kemanisan cinta.
Insya Allah.

Tuesday, August 17, 2010

Buku Baru Imaen


Judul:Seikat Kembang Merah
Penulis: Imaen
ISBN: 978-967-5118-41-8
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

DAh lama rupenye novel ni kuar..apesal aku tak tahu..
Novel ni x beli lagi...beli lepas posting kot..huhuhu..teruja gak nak baca bila baca reviewnye kat sini.biruungu

Bumi Cinta oleh Kang Abik



Novel ni belum baca lagi..coming soon...hehehe.sesape nak baca review sila ke link ni...almuhandis

Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik




Tajuk: Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik
Penulis:Razali Saaran
ISBN : 978-967-5426-04-9
M/Surat : 208M/S
Harga SM/SS: RM 19.90/ 22.90



SINOPSIS

Dunia hari ini membayangkan bahawa kerjaya seorang guru semakin tidak dihormati dan dihargai. Sebahagiannya berpunca dari para guru itu sendiri, tetapi bak kata pepatah ‘disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga’. Maka, kerjaya seorang guru itu dipandang rendah oleh masyarakat.

HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK mengupas tentang peranan para guru dalam membimbing anak bangsa bukan hanya sekadar mengajar bahkan juga menitikberatkan akhlak para guru ketika mengajar dan membimbing pelajar agar keberkesanan dalam pengajarannya dapat dirasai oleh para guru seterusnya juga diterima baik oleh anak didik. HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Di selitkan juga cara-cara Rasulullah SAW bersoal-jawab, bergurau senda, memberi nasihat dan dalam meraikan para pelajarnya.

Semoga buku ini dapat menjadi panduan kepada semua guru dan semoga dengan usaha sedikit ini akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT di akhirat kelak.




Copyright © 2009 ---.
All Rights Reserved.

Designed by Must Read Sdn Bhd.

Thursday, July 29, 2010

Seindah Mawar Berduri



Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memiliki buku ni setelah lama mencari..hehehehe. Seperti biasa, setting cerita ini masih berlegar di sebuah IPTA di Malaysia dengan watak Khazinatul Asrar sebagai watak utama. Membawa tema cinta dari sudut pandangan Islam, Ustazah Fatimah Syarhaa juga menyelitkan 'drama-drama' di sepanjang jalan cerita menjadikan novel ini lebih menarik walaupun ia sarat dengan pedoman serta nasihat-nasihat berharga buat remaja mengharungi alam yang serba mencabar ini. Melalui watak khazinatul Asrar, ustazah membawa pembaca satu contoh muslimah solehah yang tabah mengharungi mehnah sebagai seorang mahasiswi di IPTA. Nilai ukhuwah, keluarga, kasih sayang dapat dirasai dari novel tersebut. Personally, saya merasakan yang novel ini boleh menjadi panduan serta rujukan bagi remaja yang masih mencari-cari erti cinta sebenar. Insya Allah.